“Kakak ipar tak kerja tapi tiap-tiap minggu datang lawat abah, siap bawa barang dapur lagi, rupanya cara macam ni dia dapat duit”

“Kakak ipar tak kerja tapi tiap-tiap minggu datang lawat abah, siap bawa barang dapur lagi, rupanya cara macam ni dia dapat duit”

 

Assalam. Kisahnya begini. Saya ada 6 orang anak berusia antara 3 hingga 15 tahun.

Saya bekerja sebagai supervisor di sebuah kilang elektronik. Kerja 12 jam. Bapa mertua saya tinggal dengan kami di sebuah rumah yang sederhana sahaja tetapi selesa.

Mak mertua dah 5 tahun mngal dunia. Apa yang saya nak sampaikan adalah tentang kakak ipar saya.

Dia tidak berkerja. Hanya mengambil upah mengemas dan membersihkan rumah2 jiran yang bekerja di kawasan perumahan tempat dia tinggal. Anak2 dia dah besar2 semuanya.

Rumah kakak ipar jaraknya lebih kurang 60 km dengan rumah saya. Saya puji kakak ipar saya min. Setiap minggu dia mesti datang rumah saya.

Bukan setakat nak jenguk bapak dia min tapi dia datang bawak macam2 barang mentah untuk dia masak bagi bapak dia dan kami makan.

Dia tolong saya kemas rumah saya. Dari hujung garaj sampai hujung dapur. Lipat baju. Mcm2 kerja rumah dia buat min. Saya sampai naik malu dengan dia.

Dah la dia datang rumah saya pun naik grab aje sebab dia tak reti bawak kereta. Dia datang sorang2 aje min sebab dia cakap suami dia dengan anak2 dia semuanya sibuk.

Aku selalu cakap kat dia tak payahlah susah2 buat semua ni. Tapi jawapan yang dia bagi buat aku terharu min. Dia cakap laki akak tak berapa suka bapak duduk dengan akak sebab bapak suka tegur laki akak dan anak2 akak kalau ada benda yang dia tak berkenan.

Macam bukak tv kuat-kuat ke dan tengok astro lama2. Nanti bapak cakap kenapa membazir. Laki akak ipar aku ego dan berlagak jugak. Jadi akak ipar kata hanya aku dengan adik dia iaitu laki aku aje sanggup terima bapak dan jaga bapak.

Kalau anak2 yang lain mcm tak suka jugak bapak ada kat rumah dia org. Kakak ipar kata hanya dengan cara begini dia dapat balas jasa aku jaga bapak dia. Baik kan kakak ipar aku ni?

Aku doakan akak ipar aku diberi keberkatan dalam umur, sihat dan dapat rezeki yang banyak. Aku tak dapat la nak buat macam akak ipar aku buat kat bapak dia sebab abah aku dah meninggal dunia.