Kak Long 7E menangis & merayu minta maaf lagi, akui periuk nasi diboikot

Kak Long 7E menangis & merayu minta maaf lagi, akui periuk nasi diboikot

 

Sebut sahaja tentang Kak Long 7E pastinya mengingatkan kita kepada pelbagai video-video biadap yang tular di media sosial.

Identiti wanita berasal dari Dungun, Terengganu itu menjadi bualan rakyat Malaysia sehinggalah kemuncaknya ketika satu rakaman live di Facebooknya tular kerana menghina golongan orang kelainan upaya (OKU).

Tindakan kurang bijak wanita tersebut mengundang padah selepas beberapa persatuan OKU membuat laporan polis kerana merasakan diri mereka dipersendakan.

Oleh sebab itu, laman sosial Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura telah dihilang selepas ramai yang melaporkannya.

Menangis lagi dan lagi

Namun begitu, jejak wanita itu masih boleh dilihat apabila dia kerap menangis di akaun-akaun media sosial terutamanya Tiktok orang lain meluahkan rasa sedih selepas dikecam.

Terbaru, dia telah kembali ‘menjaja’ cerita sedihnya di akaun TikTok Sampin Eksklusif Terengganu dengan memohon maaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya lagi.

@sampin_eklusif_trengganu

#kaklong #kaklongkosmetik #kaklong7e #viral #trending

♬ original sound – Sampin Eksklusif Terengganu – Sampin Eksklusif Terengganu

Periuk nasi terjejas

Dalam video tersebut, dia telah menangis teresak-esak memohon maaf dan berjanji dengan nama Allah tidak akan mengulangi lagi semua perkara buruk yang pernah dibuat.

Dia juga berjanji akan menjaga anak-anaknya sebaik mungkin dan tidak akan membuat video atau marah-marah lagi selepas ini kerana menyesal dengan keterlanjurannya dulu sehingga perniagaan yang diusahakan  diboikot sekaligus menjejaskan mata pencariannya.

@sagittarius_women

#fyp #maaf #kaklongoku #kaklongviral #kaklongkosmetik #kaklongkfc #kaklongdungun

♬ bunyi asal – Sagittarius Women – Sagittarius Women Oficiall

Episod ke berapa drama air mata ni

Susulan daripada video tersebut, ruangan komen di TikTok Sampin Eksklusif Terengganu  telah dihujani dengan pelbagai maklum balas daripada netizen.

Rata-rata warganet langsung tidak kisah kerana skrip yang digunapakai itu pernah diucapkan sebelum ini sehingga orang lain sudah malas mahu bertolak ansur dengan kerenahnya.

Ulang banyak kali memang sengaja cari masalah

Masa minta maaf dengan staf 7E dulu macam ni la

Kalau berlakon boleh ganti Wan Maimunah

Wayang kulit main lagi

Dengar boleh percaya jangan

Polis serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya

Terbaru, menerusi Sinar Harian, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner R Supramaniam
memaklumkan yang pihak polis akan menyerahkan kertas siasatan berkaitan kes Wan Noor Baizura Bharudin, 33, yang didakwa menghina dan memperlekehkan orang kurang upaya (OKU) kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan kita akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pada Rabu lalu, pihak polis telah merekodkan keterangan Kak Long 7E  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada jam 12.30 tengah hari berhubung siasatan didakwa menghina dan memperlekehkan OKU dengan memuat naik video yang meniru mimik muka golongan tersebut menerusi laman sosialnya.