“Kak Lin, terima kasih atas penganiayaan ini” – Tular dialog terakhir Tyzo pada DJ Lin sebelum keluar konti

“Kak Lin, terima kasih atas penganiayaan ini” – Tular dialog terakhir Tyzo pada DJ Lin sebelum keluar konti

 

Saya tidak reda dengan pemergian ini. Tapi apakan daya, saya tiada kuasa, saya tiada pilihan“.

Demikianlah coretan yang sempat dimuat naik oleh Tyzo pada hari ini ekoran penamatan kontraknya bersama stesen radio Suria FM.

Bukan sahaja rakan setugas, malahan keputusan yang dilaksanakan oleh pihak Suria FM ini cukup mengecewakan ramai peminat segmen Suria Petang.

Dalam masa sama, rakaman live menyaksikan detik-detik perpisahan Tyzo dengan semua rakan sekerjanya cukup mengundang rasa sebak.

Khususnya Shiera Ijoy a.k.a Kak Rara selaku rakan gandingan di Suria Petang, wanita berkenaan gagal menahan air mata kerana tidak akan lagi bekerjasama dengan Tyzo selepas ini.

Sebelum keluar meninggalkan kawasan konti, Tyzo dilihat pergi ke arah DJ Lin bagi memberikan kata-kata terakhir.

Tidak pasti apakah kemelut sebenar yang berlaku, namun tanpa disangka-sangka deejay berkenaan mengucapkan terima kasih atas penganiayaan yang dilakukan terhadap dirinya sebelum berlalu pergi dari situ.

@danialrmly

Replying to @mizi elyas boleh nampak bertapa hancur luluhnya hati tyzo bila dia salam dan berpelukkan dengan rakan penyampai radio lain😞😔

♬ original sound – Yilling patriarch – Yilling patriarch

Semalam, berita tentang pemberhentian Tyzo sebagai penyampai radio telah diumumkan secara rasmi Suria FM.

DJ Lin yang merupakan Pengurus Besar Suria FM berkata keputusan itu diambil pihak mereka susulan daripada rombakan perancangan baru serta strategi demi memastikan radio Suria FM kekal relevan untuk diterima peminat.