Kahwini lelaki tua 40 tahun, wanita terguris hati dengan komen negatif netizen
Asalkan kahwin dengan orang tua sahaja mesti di’cop’ gilakan harta walaupun sudah mengambil masa yang lama untuk mengenali hati budi.
Jika sudah sayang, yang tidak berharta pun sanggup dihalalkan hubungan bukan semua orang mata duitan.
Sepasang pengantin di Kuningan, wilayah Jawa Barat Indonesia menyita perhatian pengguna media sosial apabila ada individu menyebarkan info mengenai mereka.
Menurut portal berita Wolipop, individu yang memuat naik video tersebut, Noviar menjelaskan bahawa pasangan pengantin itu mempunyai beza usia 40 tahun.
Pasangan tersebut selamat benikah pada 1 Mei lalu, Amelia memilih pemilik sebuah kedai emas, Jumar Muaamar sebagai suaminya.
Seorang pengguna memaklumkan bahawa keluarga pengantin perempuan juga bukan orang biasa walaupun hanya tinggal di kawasan kampung.
“Sekadar makluman, keluarga pengantin perempuan bukan orang biasa-biasa, mereka juga orang berada di kampung itu.
“Pasangan pengantin berkahwin selepas sudah lama saling mengenali. Jadi, sila jaga mulut dan hati anda semua,” komen seorang pengguna media sosial.
Menerusi TikTok, Amelia tampil menjelas situasinya yang tular, dia menganggap segala ketentuan adalah aturan Allah SWT.
“Sebenarnya kita sebagai manusia hanya mampu merancang, jodoh, takdir, musibah itu semuanya di tangan Tuhan.
“Ramai tertarik dengan kisah perkahwinan saya disebabkan faktor tertentu, saya faham ada juga saudara mara atau rakan yang kurang bersetuju dengan pernikahan ini.
“Saya ni hanya gadis kampung dengan ibu bapa yang baik dan sangat memahami tapi saya tak nafikan ada banyak komen yang mengguris hati.
“Namun saya percaya apa yang penting adalah sokong ibu bapa, suami dan rakan. Tanpa mereka saya mungkin tak akan bertahan dengan segala kata yang dilemparkan,” ujarnya menerusi TikTok, ameliasr.