Kahwin ‘ada makna’
Pernah handle satu kes loan seorang nurse. Yang hantar application adalah si suami.
Isteri dukung anak diam di belakang. Selang 4 hari si isteri whats app saya.. mintak tolong supaya loan tu jangan diteruskan. Saya tanya kenapa? Dia cuma kata, saya tak nak buat loan tu. Tolong tarik balik.
Kemudian si suami pula call office untuk tanyakan status. Kami yang urus loan ni semakin pelik, jadi saya kata application sudah dibatalkan sebab ada request untuk cancel. Si suami kata, nanti dia cakap dengan wife dia. Tolong proceed untuk process. Tujuan loan dibuat sebab nak beli super bike dalam harga 86k.
Masuk minggu seterusnya isterinya contact saya dan mintak untuk jumpa. Saya jumpa si isteri di luar. Merayu-rayu pada saya mintak tolong. Katanya tolong kesian pada dia. Si suami tak pernah tanggung beri nafkah untuk dia & anak-anak. Pernah diceraikan & si suami datang balik untuk rujuk dengan alasan anak masih kecil. Dia terima semula sbb keluarga mertua pujuk. Tapi masih sama. Dan katanya, hutang rumah dia tanggung, hutang personal loan dia tanggung, dan kini hutang motor pula. Dia kata kalau kesian kat saya, tolong bagitau pada suami dia, loan ini reject dari bank.
Kasihan pd wanita ini, sy buat seperti diminta.
Dan seperkara lagi, si suami ada wanita lain. Katanya dia tahu yang suaminya ada perempuan lain. Sudahlah si isteri tak diberi nafkah. Guna nama isteri untuk tujuan & kesenangan diri sendiri.
Suatu hari si suami menghubungi hp saya, minta saya masukkan permohonan loan itu ke koperasi pula. Saya cakap bank dah reject. Kalau masuk koperasi kemungkinan juga akan reject. Sebab syarat koperasi juga lebih kurang bank. Jadi dia mcm dah kecewa. Saya save nombor si suami untuk data pelanggan dan apabila saya check whatsapp, terpampang gambar si suami dgn perempuan lain dengan mesra berpeluk. Aiii… ni bongok ke apa mamat ni!! Dah terang2 wife dia sy kenal.
Oleh kerana si lelaki telah dengan tidak sengaja kantoi yg dia memang curang. Maka permohonan itu saya lupuskan. Si isteri hubungi saya & mengucapkan terima kasih. Suaranya sebak & kedengaran seperti mencari kekuatan.
Duhai lelaki, wanita itu untuk kau tanggungi nafkahnya. Untuk kau berikan kasih sayang & menjaga maruah serta keselamatannya. Bukan untuk kau jadikan hamba & bibik di rumah. Malah kau bebankan dengan hutang.
Awek-awek gomen.. sila berhati-hati. Jadikan kisah puan nurse ini sebagai pengajaran.
Kisah benar dari meja cik puan pengurus pembiayaan peribadi kakitangan awam.
Kredit : Adawiyah Rosli