Kadar pinjaman Public Bank akan dinaikkan 0.25 peratus

Kadar pinjaman Public Bank akan dinaikkan 0.25 peratus

 

Public Bank akan menaikkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR)/ Kadar Pembiayaan Asasnya (BFR) sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa pada 8 Julai 2022.

Kumpulan perbankan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia adalah

selaras dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak 25 mata asas daripada 2.00 peratus kepada 2.25 peratus semalam.

“Berikutan dengan ini, BR akan naik kepada 2.77 peratus daripada 2.52 peratus dan BLR/BFR akan naik kepada 5.97 peratus daripada 5.72 peratus.

“Pada masa yang sama, kadar deposit tetap Public Bank juga akan diselaraskan dengan sewajarnya sebanyak 0.25 peratus bagi semua tempoh, berkuat kuasa pada tarikh yang sama,” katanya.