“Kadang dia ternampak.. kat rumah ada bela kuda” – Ramai terkejut tengok aksi Mateen, ini jawapan selamba Shuib

“Kadang dia ternampak.. kat rumah ada bela kuda” – Ramai terkejut tengok aksi Mateen, ini jawapan selamba Shuib

 

Nama anak kepada Shuib iaitu Mateen menjadi sebutan netizen susulan video dirinya melakukan aksi kurang sopan ketika bapanya sedang merakam podcast ‘OkLetsGo’ bersama beberapa orang kenalan.

Menerusi video berdurasi 0:25 saat itu, aksi spontan yang dilakukan oleh Mateen pada masa itu ternyata mencuri tumpuan Shuib, Shuk Sahar dan Okletsgo team.

@_mika500

#berdekah #potcast #okletsgo

♬ original sound – mikaEco – mikaEco

Tergamam melihat telatah Mateen, Shuib terus meminta maaf kepada rakan-rakannya.

Minta maaf, budak-budak. Tak tahulah. Kadang-kadang dia ternampak bapa dia dekat rumah macam gitu. Aku dekat rumah ada bela kuda.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menganggap apa yang dilakukan oleh Mateen itu bukanlah suatu perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka.

Berikutan daripada itu juga, netizen memberi pesanan kepada Shuib agar mengasingkan tempat tidur anak-anaknya dan mengunci pintu bilik sekiranya dia dan isteri mahu ‘bersama’.

Ujar netizen lagi, perkara seperti ini sangat berbahaya sekiranya dibiarkan berlarutan.