Kabinet PM-8 dan PM-9: Dua-dua ‘kabinet gemuk’ – Pensyarah
KABINET BAHARU: KE MANA KITA?
1. Apa beza bilangan ahli kabinet zaman PM-8 dengan PM-9? Tiada beza. Bilangannya sama, 70 orang termasuk PM.
2. Ini ‘kabinet gemuk’ dengan 2 timbalan menteri pada sebahagian kementerian. Untuk apa 2 timbalan menteri? Kabinet PM-8 pun kita ada 2 timbalan menteri yang ramaipun rakyat tidak sempat kenal.
3. Menteri kebanyakannya pemimpin kuat parti dengan 80 peratus daripadanya menteri dalam kerajaan terdahulu termasuk empat menteri kanan. Ini seperti tukar kedudukan dalam kelas sahaja.
4. Apa yang kurang dalam kabinet gemuk ini? Tidak ada pemimpin muda. Mana Dr Asyraf Wajdi dan Shahril Hamdan—masing-masingnya memegang jawatan Ketua Pemuda Umno dan Ketua Penerangan Umno? Rugi tidak tonjolkan mereka.
5. DS Azalina Othman dan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah tidak disenaraikan. Mujurnya Datuk Dr Noraini dilantik semula. Apakah ini kabinet untuk mempersiapkan kem PM bagi menghadapi pemilihan parti akan datang?
6. Pelantikan telahpun dibuat. Tiada apa lagi yang boleh dikeluh. Cuma harapnya setiap menteri penuhi KPI masing-masing. Selesaikan masalah kami rakyat marhaen ini.
7. Menteri pula berubahlah kepada yang lebih baik. PM pula janganlah lagi lantik duta khas. Berjimatlah dengan duit rakyat.
8. Ke mana kita dengan kabinet ini? Saya speechless, tetapi masih mengharapkan menterinya telah ada arah tuju. Komen saya seterusnya adalah setelah menteri membuat kenyataan polisi kementerian masing-masing.
9. Tahniah kepada yang dilantik. Berprestasilah dengan polisi-polisi baharu. Jangan kecewakan rakyat yang akan menilai dan setia menunggu PRU-15.
Sumber: Mohammad Agus Yusoff