Kabinet Kerajaan 69: Ismail Sabri dapat ‘restu’ Najib?

Kabinet Kerajaan 69: Ismail Sabri dapat ‘restu’ Najib?

 

ISMAIL SABRI DAPAT BLESSING NAJIB?

Masa minum pagi bersama dua teman seorang wartawan veteran dan seorang seorang bloger (juga saya kira perunding politik) yang popular dan seorang lagi teman, kami cakap-cakap mengenai kabinet Ismail Sabri Yaakob (Mail Berania). Sengaja saya mulakan topik kabinet untuk tinjau pendapat mereka. Mengenai kabinet itu saya sudah mengulasnya secara ringkas.

Mulanya mereka bertiga seperti tidak berminat untuk membicara mengenai kabinet itu, kerana menganggap ;’tidak ada apa benda yang menarik’. “Baik kita bicara hal lain,” kata salah seorangnya sambil mempelawa saya oder makanan.

“Kawan saya kata Ismail Sabri tidak layak jadi PM, bukan itu sahaja jadi DO pun tidak layak, setakat ADO oklah,” kata kawan itu memulakan cerita sambil ketawa hahaha. Kata-kata dan ayatnya agak sadis, merendahkan Ismail Sabri. Tentu Kamaruzaman Yaakob marah.

Rupanya perbicaraan hal itu jadi panjang, apabila masing-masing membuat analisis lebih jauh mengenai nasib dan masa depan Mail Berania. Mail Berania dalam membentuk kabinet itu bukan berdiri sendiri tetapi ada dalang lain yang membimbingnya, itu tafsiran mereka.

Tanpa mereka menjelaskan saya dapat faham, salah seorang dimaksud dalangnya Najib Razak. Tanpa blessing Najib, Mail Berania tidak akan berani berbuat demikian. Najib adalah dewa pujaan Mail Berania dalam politik. Menurut mereka Mail Berania menghadap ‘Boosku” di Pavillion bukan di Jalan Duta sebelum buat senarai kabinet? Pavallion merupakan resedensi Najib yang eksklusif.

Dan dalam masa sama juga Mail Berania bermain mata dengan Mahiaddin yang juga memerlukan sokongannya untuk jaga maruah. Jadi inspirator Mail Berania membentuk kabinet adalah Najib dan Mahiaddin.

Ketiga mereka bersetuju apabila Mail Berania berada di kerusi PM, dia akan jadi lebih pandai menggunakan kuasa untuk kepentingan politiknya, dan perlahan-lahan akan menghalau Zahid Hamidi sebagai presiden Umno.

Sama seperti saya bayangkan, sepanjang menjadi PM, Mail Berania tidak akan peduli nasib rakyat dan negara, beliau akan lebih memikirkan kedudukannya dalam Umno. Dengan adanya hulu balang dan panglima yang hidup sebagai parasit politik Mail Berania akan memastikan Zahid akan turun sebagai presiden Umno.

Kawan bertiga itu sepakat bersetuju dengan fonomena berkenaan, Zahid akan diasak untuk berundur daripada kerusi presiden Umno terbaiknya turun dengan terhormat dalam PAU yang kena diadakan sebelum Piraum ke-15. Kerja-kerja untuk melakukan Zahid demikian sedang diatur. Hanya dengan menjatuhkan Zahid kedudukan Main Berania terselamat? Trims.

Sumber: Mohd Sayuti Omar II