Kabel USB tersimpul & tersangkut dalam zakar, remaja terpaksa dibedah

Kabel USB tersimpul & tersangkut dalam zakar, remaja terpaksa dibedah

 

Seorang remaja lelaki terpaksa menjalani pembedahan selepas kabel USB dilaporkan tersangkut di dalam zakarnya.

Menurut laporan kes perubatan, remaja 15 tahun itu menggunakan kord untuk mengukur zakarnya sebagai satu bentuk “eksperimen seksual” sebelum ia tersangkut.

Kabel itu bersimpul dan darah dikesan dalam air kencing mangsa, menyebabkan ibunya membawanya ke hospital.

Sebaik sahaja ibunya meninggalkan bilik, dia memberitahu doktor apa yang telah berlaku, lapor Science Direct.

“Dua port distal wayar USB didapati terkeluar dari meatus uretra luar manakala bahagian tengah wayar bersimpul kekal dalam uretra,” tulis doktor.

“Pesakit adalah remaja yang cergas dan sihat tanpa sejarah gangguan kesihatan mental.”

Pakar perubatan tidak dapat mengeluarkan wayar dengan batang logam, jadi terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkannya dari badannya.

Kemudian, pakar bedah terpaksa membelah di antara kemaluannya dan duburnya untuk mendapatkan akses kepada kabel dan berjaya mengeluarkannya.

“Pemotongan peno-scrotal membujur di atas badan telah dibuat dan pembedahan berhati-hati dilakukan melalui tisu yang lebih dalam, membelah otot bulbospongiosus,” kata laporan itu.

“Kedua-dua hujung wayar berjaya ditarik keluar melalui meatus uretra luar.”

Kemudian, budak lelaki itu memakai kateter selama dua minggu dan telah ditanggalkan. Dilaporkan dia telah pulih dengan baik.

Doktor memberi amaran supaya tidak memasukkan objek ke dalam zakar tetapi kes sebegitu merupakan perkara yang sering berlaku.

“Eksperimen dan kepuasan seksual, serta gangguan mental dianggap sebagai punca utama benda asing tertahan dalam uretra dan pundi kencing,” tulis mereka.

“Bergantung pada mekanisme penyisipan dan saiz serta bentuk objek, ia boleh menyebabkan komplikasi tertunda, terutamanya jangkitan saluran kencing yang berulang, penyempitan uretra atau laluan palsu dan penembusan pundi kencing, yang mungkin memerlukan prosedur rekonstruktif utama untuk memulihkan anatomi.”