Jutawan bawa balik helikopter, pelawa orang kampung ronda-ronda

Jutawan bawa balik helikopter, pelawa orang kampung ronda-ronda

Dari seorang pengutip sampah dan kini menjadi seorang jutawan sama sekali tidak membuatkan usahawan berjaya Muhammad Azlan Al-Amin untuk melupakan siapa dirinya sebelum ini.

Peneraju syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd ini pulang ke kampung halamannya dengan memberikan kejutan buat penduduk kampung apabila mengajak mereka untuk merasai sendiri pengalaman menaiki helikopter miliknya.

Parkir depan rumah ayah

Dalam perkongsian yang dibuat di Facebook, Azlan telah memarkir helikopter di hadapan rumah bapanya di Terengganu.

Sebelum membawa orang kampung, dia telah membawa ibu dan bapanya terlebih dahulu menaiki helikopter untuk bersarapan pada awal pagi sebelum giliran rakan-rakan sekampung.

Pergi breakfast dulu dengan ibu ayah

Bawa orang kampung naik helikopter

Azlan turut membuat live di Facebooknya semasa membawa orang-orang kampung terbang menaiki helikopter dan mendapat pelbagai maklum balas positif daripada warganet.

Semoga murah rezeki orang yang baik hati

Rata-rata meninggalkan komen menzahirkan rasa kagum dengan kerendahan hati jutawan tersebut yang tetap menggembirakan hati penduduk kampung walaupun sudah bergelar jutawan.

Usahanya untuk sama-sama memberi pengalaman kepada orang lain merasai menaiki helikopter dipuji dan tidak salah jika dia dijadikan inspirasi kepada anak muda untuk lebih berjaya.

Jarang orang kaya buat macam ni

 

Modal ada helikopter ni bukannya murah

Sumber: Muhammad Azlan Al-Amin