“Justice for Bella ni – macam mustahil di dunia” – Fynn Jamal

“Justice for Bella ni – macam mustahil di dunia” – Fynn Jamal

 

Memandangkan sesi perbicaraan tentang isu pengabaian serta penganiayaan terhadap adik Bella masih lagi sedang berlangsung, saban hari ada saja fakta mengejutkan keluar daripada mulut saksi yang juga merupakan bekas penguni Rumah Bonda.

Misalnya dalam sesi hari ini, Bella dikatakan telah diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh tertuduh iaitu Siti Bainun Ahd Razali.

Hadir Perbicaraan, Fynn Jamal Ulas 'Justice For Bella' Macam Mustahil Di Dunia? 3

Macam mana seseorang tak berkerja tetap punya duit berkoyan-koyan untuk bayar peguam mahal dekat 10 orang?

Terbaru, penyanyi Fynn Jamal sendiri akui pelik mengapa isu melibatkan adik Bella lambat selesai berbanding siri jenayah yang jauh lebih teruk daripadanya sebelum ini.

Selain itu, dia turut mempersoalkan bagaimana seseorang individu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap mampu membayar khidmat peguam seramai hampir 10 orang.

Hadir Perbicaraan, Fynn Jamal Ulas 'Justice For Bella' Macam Mustahil Di Dunia? 4

Cumanya, justice for Bella ni…macam mustahil kat dunia

Demi menjawab segala persoalan berikut, Fynn Jamal nekad hadir dan mendengar sendiri sesi perbicaraan yang berlangsung pada Rabu (semalam).

Walau bagaimanapun, dia akui ada kemungkinan mustahil untuk tegakkan keadilan buat adik Bella.

Hal ini kerana berdasarkan pemerhatiannya, peguam yang mewakili Siti Bainun seolah-olah mahu buktikan bahawa segala kenyataan saksi pendakwaan kelima (Yasmin Nahar Mahmood) tidak layak dipercayai.

Lepas di dunia takkan terlepas di akhirat…harap rakyat Malaysia terus bangkit & berdoa untuk adik Bella

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen agak terkilan apabila mendengar ‘rumusan awal’ yang dinyatakan oleh pelantun lagu ‘Arjuna Beta’ tersebut.

Namun selagi sebarang keputusan belum dimuktamadkan, ramai berharap agar seluruh rakyat Malaysia menitipkan doa serta solidariti terhadap adik Bella.

Hadir Perbicaraan, Fynn Jamal Ulas 'Justice For Bella' Macam Mustahil Di Dunia? 5

Hadir Perbicaraan, Fynn Jamal Ulas 'Justice For Bella' Macam Mustahil Di Dunia? 6

Hadir Perbicaraan, Fynn Jamal Ulas 'Justice For Bella' Macam Mustahil Di Dunia? 7