Jumpa pakar psikiatri, Puteri Balqis dan ibu disahkan hidap PTSD?

Jumpa pakar psikiatri, Puteri Balqis dan ibu disahkan hidap PTSD?

 

Nama pelakon remaja, Puteri Balqis menjadi bualan panas apabila dia mendedahkan dirinya menjadi mangsa gangguan dan penderaan seksuan oleh bapa kandungnya sendiri ketika ditemubual oleh Bros Gang TV.

Tidak cukup dengan itu, ibu pelakon tersebut iaitu Norashikin Mohd Aziz turut mendedahkan sejarah hitam yang dialaminya sepanjang mereka hidup bersama bekas suami.

Puteri Balqis, ibu jumpa pakar psikatri

Terbaharu, memetik laporan Boom!, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish dan ibunya telah dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurut sumber, mereka berdua dikehendaki bermalam di wad hospial berkenaan.

“Selepas laporan polis dibuat, atas nasihat peguam, Aqish dan ibunya dibawa ke hospital untuk berjumpa dengan pakar psikiatri.

“Tujuannya adalah untuk membuktikan apa yang dikatakan oleh Aqish adalah benar dan penderaan mental yang dialaminya juga benar-benar berlaku.

“Kita pun tak mahu orang tuduh dia meraih simpati atau mereka-reka cerita. Jadi, dia ke hospital bersama dengan polis,” ujar sumber.

Puteri Balqis & ibu disahkan hidap PTSD?

Hasil laporan perubatan tersebut, Aqish dan ibunya disahkan menghidapi gangguan stres pascatrauma atau Post-traumatic stress disorder (PTSD).

Isnin lalu, Puteri Balqis, 15, dilaporkan membuat laporan polis jam 10.25 malam susulan dakwaan bapanya gemar menonton filem lucah, malah pernah melakukan perbuatan onani dihadapannya sendiri.

Sehari sebelum itu, bapanya, Azizi Aziz membuat laporan di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah dan semalam, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan lelaki tersebut telah ditahan dan direman selama tujuh hari untuk siasatan selanjutnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.