Jumlah mangsa banjir di Pahang, Perak meningkat

Jumlah mangsa banjir di Pahang, Perak meningkat

 

Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang dan Perak meningkat sedikit, manakala Perlis kekal, setakat pukul 7.00 pagi tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan memaklumkan, Pahang mencatatkan penduduk terjejas banjir tertinggi iaitu seramai 132 penduduk daripada 39 keluarga terjejas, berbanding 99 penduduk daripada 32 keluarga pada pukul 4.00 pagi tadi.

Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri itu iaitu di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Buntar di Bera yang menempatkan 17 penduduk, PPS Masjid Beletik (16) dan PPS SK Lubuk Kulit di Lipis (52) dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan di Temerloh menempatkan 47 penduduk.

Sementara itu, dua PPS dibuka di Perak yang menempatkan 84 penduduk daripada 28 keluarga, berbanding 35 penduduk daripada 11 keluarga.

“Seramai 38 penduduk di daerah Larut, Malang dan Selama (LMS) ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Pantai Besar, manakala 46 penduduk daerah Taiping ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Sungai Ara,” menurut kenyataan itu.

Manakala, Perlis kekal mencatatkan empat penduduk terjejas daripada tiga keluarga di PPS Surau Tok Pulau di Arau.