JPKK : Saarani dakwa perlantikan 829 kampung di Perak telah selesai

JPKK : Saarani dakwa perlantikan 829 kampung di Perak telah selesai

Perak telah selesai melantik Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di 829 kampung di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Saarani Mohamed berkata, keanggotaan jawatankuasa itu diisi oleh ketiga-tiga parti UMNO, Pas dan Bersatu.

Menurutnya, pada masa ini, ada kampung yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang JPKK dan bilangan itu akan ditambah dari semasa ke semasa.

“Penghulu mukim akan menjadi Pengerusi KPKK manakala setiausaha adalah kerani di pejabat penghulu.

“Maknanya, pengerusi dan setiausaha JPKK adalah kakitangan kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan anggota-anggota JPKK di Dewan Merdeka di sini, hari ini.

Sementara itu, di dalam ucapannya, Saarani memohon ketiga-tiga entiti di dalam JPKK agar dapat bekerjasama dengan baik bagi memberi khidmat kepada masyarakat kampung.

“Tugas kita adalah untuk memberi khidmat dan memudahkan urusan orang kampung, oleh itu elakkan pertikaian antara satu sama lain,” ujarnya.
Menurut Saarani, adalah menjadi tanggungjawab JPKK untuk melaksanakan keputusan yang dibuat memandangkan penghulu hanya mempengerusikan mesyuarat.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan laporan yang diterima setakat ini, tidak timbul banyak masalah selepas pelantikan JPKK pada akhir September lalu.

Sumber: Suara Perak