Jom lihat beza kos sara hidup di Kuala Lumpur dan Singapura

Jom lihat beza kos sara hidup di Kuala Lumpur dan Singapura

 

Umum sedia maklum dengan perbezaan mata wang Dolar Singapura dengan Ringgit Malaysia, yang mana 1 Dolar Singapura membawa kepada RM3.03++. Singapura juga termasuk dalam senarai antara tiga buah bandar yang mahal selain daripada Hong Kong dan Paris.

Berada di kedudukan ke-88, Kuala Lumpur sering dibandingkan dengan Singapura disebabkan lokasinya yang hampir dengan Malaysia. Pada awalnya, ramai akan melihat bahawa kos sara hidup di Singapura adalah lebih tinggi daripada Malaysia.

Bagaimanapun, setelah diambil kirapurata gaji dan kekuatan mata wang di setiap negara, lain pula yang berlaku.

Jom lihat perbandingan pada infografik di bawah agar lebih mudah untuk difahami.

Beza Singapura dan Malaysia

1. MAKANAN DAN BARANG RUNCIT

Dapat juga dilihat daripada perbelanjaan makan dan barang-barang runcit, dengan nilai mata wang negara yang sama, di Singapura adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan Malaysia.

Beza Singapura dan Malaysia 1

Beza Singapura dan Malaysia 2

2. ALKOHOL DAN PENGANGKUTAN

Manakala pengangkutan pula, kuasa beli kereta Malaysia lebih tinggi daripada di Singapura, dan disebabkan cukai juga harga kereta boleh meningkat naik.

Beza Singapura dan Malaysia 3

3. UTILITI

Beza Singapura dan Malaysia 4

4. GAYA HIDUP DAN RIADAH

Beza Singapura dan Malaysia 5

5. ASET PERUMAHAN/ SEWA RUMAH

Singapura memang terkenal dengan harga rumah yang mahal. Di Singapura, tidak ramai orang boleh memiliki rumah lebih daripada sebuah.

Beza Singapura dan Malaysia 6Beza Singapura dan Malaysia 7

Secara kesimpulannya, kesemua perbelanjaan atau kos sara hidup antara rakyat di Malaysia dan di Singapura dilakukan dengan perbandingan seperti ini:

Beza Singapura dan Malaysia 8

Harga pengguna di Singapura lebih tinggi (103.62%) daripada di Malaysia. Walau bagaimanapun, kuasa pembelian tempatan di Singapura adalah lebih tinggi dengan perbezaan sebanyak 28.65%.

Bayangkan jika anda menyewa di kedua buah bandar, di Kuala Lumpur anda perlukan RM5,198.53 untuk kekalkan standard gaya hidup sebanyak dolar Singapura $4,061.10 (RM12,292.95+) di Singapura.

19 Ogos lalu, akhbar Sinar Harian ada mengeluarkan kenyataan bahawa pendapatan isi rumah sebanyak RM3,800 sebulan tidak daoat menampung kehidupan di bandar dan menyebabkan berlakunya masalah kemiskinan bandar, sebahagian besarnya adalah penduduk di PPR (Program Perumahan Rakyat).

Kata Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Jaringan Industri dan Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia UPM, Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri masalah ini melibatkan dua faktor utama iaitu pendapatan yang rendah dan tahap pendidikan.

Anda rasa bagaimana?