Jokowi mohon maaf kali ke-5 menjelang tamat penggal Presiden Indonesia

Permohonan maaf berulang kali oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi) disifatkan sebagai bukti kesungguhan beliau memperbaiki dasar yang dilaksanakan, kata Timbalan Protokol, Akhbar dan Media Sekretariat Presiden, Yusuf Permana.
Katanya, tindakan itu menunjukkan Jokowi serius dalam merenungi keputusan dan dasar yang telah diambil sepanjang tempoh pentadbiran beliau.
“Presiden Jokowi sekurang-kurangnya lima kali telah memohon maaf secara terbuka semasa lawatan kerja di pelbagai kawasan.
“Siri permohonan maaf yang disampaikan di pelbagai kesempatan dan lokasi membuktikan kesungguhan beliau dalam mengkaji semula dasar yang telah dilaksanakan,” kata Yusuf, yang dipetik Antara.
Kenyataan ini merujuk kepada kecenderungan Jokowi yang baru-baru ini sering memohon maaf kepada rakyat semasa lawatan kerja di pelbagai wilayah.
Pada beberapa kesempatan, Jokowi kerap kali menyatakan permohonan maaf ketika beliau meninjau pasar rakyat untuk memeriksa harga barangan keperluan asas.
Tindakan itu dilakukan di tengah-tengah cabaran ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Indonesia, terutama berikutan kenaikan harga barang.
Yusuf menjelaskan bahawa tindakan Jokowi menunjukkan kerendahan hati serta keberanian untuk mengakui kekurangan diri sebagai seorang manusia yang tidak sempurna, sesuatu yang jarang dilakukan pemimpin lain.
Kali pertama, Jokowi memohon maaf kepada rakyat ialah dengan menggunakan alat pembesar suara semasa melawat Pasar Soponyono di Surabaya, Jawa Timur, pada awal September.
Beliau sekali lagi memohon maaf kepada rakyat di Pasar Delimas Raya, Lubuk Pakam, Kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara, dalam lawatan yang disertai beberapa menteri.
Ketiga, Jokowi memohon maaf di Pasar Mawar, Pontianak, Kalimantan Barat, yang ketika itu turut disaksikan oleh Menteri Menteri Badan Usaha Milik Negara, Thohir serta Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral, Bahlil Lahadalia.
Keempat, beliau memohon maaf semasa memeriksa gudang Bulog di Kabupaten Paser, Kalimantan Timur.
Yang terbaru, Presiden memohon maaf semasa melawat Pasar LIPA Kalabahi di Kabupaten Alor, Nusa Tenggara Timur, pada 3 Oktober.
Jokowi tempoh tamat pentadbiran beliau pada 20 Oktober dan akan digantikan dengan Prabowo Subianto.