Jodoh dengan pelajar sendiri, wanita cerita kisah kahwini jejaka separuh umurnya

Jodoh dengan pelajar sendiri, wanita cerita kisah kahwini jejaka separuh umurnya

 

Seorang guru Pendidikan Seni Visual bernama Rosalina Darus telah menarik perhatian ramai netizen setelah mendedahkan kisah dia bertemu jodoh dengan pelajarnya sendiri.

Uniknya, pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sejak 8 tahun lalu ini berjaya mendapat keserasian meskipun mempunyai jarak umur sejauh 16 tahun.

Tahun 2007, Cikgu Rosalina berusia 32 tahun & Hazwan berusia 16 tahun

Dalam perkongsian lanjut, Cikgu Rosalina, 48, menceritakan perkenalan mereka hanya bermula sebagai anak murid dan guru ketika dia bertugas di sebuah sekolah menengah di Kelantan suatu ketika dahulu.

Selaku pendidik, Cikgu Rosalina selalu memberikan dorangan dan galakan kepada semua pelajarnya untuk menyambung pendidikan ke menara gading. Mohamad Hazwan Daud ketika itu pula digambarkan sebagai anak didik yang agak pendiam.

Hazwan meluahkan hasrat untuk berkenalan secara serius

Ketika Hazwan tamat persekolahan dan melanjutkan pengajian ke universiti, Cikgu Rosalina pula sudah pindah bertugas ke Perlis. Namun dia masih berhubung dengan bekas-bekas pelajar terdahulu.

Dalam perkongsian bersama @Harian Metro, dia berkata saat itu jodohnya dengan bekas suami tidak berpanjangan sehingga mereka menghadapi penceraian. Tidak lama kemudian, Hazwan mula meluahkan keinginan untuk berkawan lebih rapat dengan gurunya itu.

Masa saya Tingkatan 4, suami baru keluar dari perut mak dia

Seiringnya waktu, hubungan itu mendapat restu baik daripada kedua-dua pihak keluarga dan akhirnya mereka selamat mendirikan rumah tangga.

Selain 3 orang anak daripada perkahwinan sebelum ini, Cikgu Rosalina dan Hazwan dikurniakan seorang zuriat yang pastinya semakin menambah seri dalam kehidupan mereka.

Menghidap barah payudara sejak 2 tahun lalu, pendidik ini meluahkan syukur kerana Hazwan sentiasa menjadi kekuatan dalam melalui dugaan tersebut.

@cikgurosa

nk BG ingat beza umoq tu… hahahaha… risau kot lupa.. 🤣🤣🤣 minta maaf na @Wan HD dok up benda ni… kalau xsuka jgn tgk hahahahahaha…

♬ Cintaku Sampai Ke Ethiopia_Ria Resty Fauzy – Abg Jiwang_Official