JKN Selangor sahkan sektor kilang penyumbang kluster terbesar, netizen mula persoal Menteri
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengadakan satu sidang media khas mengenai situasi semasa COVID 19 di negara kita.
Menerusi sidang media tersebut, antara perkara penting yang diutarakan ialah berkenaan penyebaran wabak COVID 19 yang semakian pantas di Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Keong berkata, peningkatan kes COVID 19 ketika ini adalah berpunca daripada penularan varian Delta yang telah menjadi dominan di Lembah Klang.
Peningkatan kes COVID-19 ketika inj kerana penularan varian Delta yang telah menjadi dominan – Datuk Dr Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) August 6, 2021
Malah kadar kebolehjangkitan varian ini juga berbeza dan mengambil masa untuk ia landai semula.
Sektor kilang penyumbang terbesar kluster di Selangor
Namun antara isu penting yang menarik perhatian ramai dijelaskan dalam sidang media tersebut ialah mengenai sektor perkilangan yang dikatakan menjadi punca terbesar penyebaran wabak COVID 19 di negeri Selangor.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKN Selangor), sektor perkilangan adalah penyumbang terbesar kluster di Selangor dan tiada satu pun kluster di negeri itu berpunca daripada sambutan perayaan.
Susulan itu, KKM katanya akan menambah 3,000 silinder oksigen di Selangor dan sehingga 4 Ogos ini juga menurutnya, sudah 98% penduduk di Selangor menerima dos pertama vaksin COVID 19. Manakala 43.4% penduduk lagi sudah terima dos kedua vaksin tersebut.
“Dah tahu penyumbang terbesar… tutup lah”
Rata-rata netizen yang mengikut sesi live tersebut sudah lama mengagak kilang menjadi punca kenaikan kes dan meminta penjelasan menteri yang terlibat berkaitan isu itu.
Malah ramai juga yang meminta supaya kementerian terlibat menutup sektor perkilangan sehingga kes menurun ke angka yang lebih rendah supaya wabak COVID 19 ini tidak terus merebak kepada mereka yang berisiko tinggi.
Sumber: lobakmerah