JKM Kampar cari waris dua beradik

JKM Kampar cari waris dua beradik

Waris dua beradik berusia 11 dan sembilan tahun yang ditinggalkan penjaga sejak empat tahun lalu sedang dikesan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kampar.

JKM dalam kenyataannya berkata, dua beradik yang dikenali sebagai Puteri Zahrah dan adik lelakinya, Aril dijumpai ditinggalkan di kolam pancing ikan di Kampung Ayer Hitam Labu pada 10 Februari 2017.

Katanya, kanak-kanak itu kini berada di bawah jagaan Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar.

“Sepanjang tiga tahun ditempatkan di rumah kanak-kanak itu, tiada mana-mana individu yang tampil sebagai ahli keluarga mereka.

“Waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pelindung JKM Daerah Kampar, Ruzanna Rahmad di talian 05-4653133,” katanya. – Kosmo