Jiran ‘complaint’ anak bising, Keluarga Adam Autism terpaksa keluar rumah sewa

Jiran ‘complaint’ anak bising, Keluarga Adam Autism terpaksa keluar rumah sewa

 

Adam’s Autism Family menjadi bukti perjalanan menjaga anak-anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah. Selain ibu bapa, mereka memberikan kesedaran bahawa adik beradik lain juga memainkan peranan penting dalam penjagaan harian. Ikatan kasih sayang yang dipamerkan terkadang sungguh menyentuh sanubari masyarakat.

Jiran Mengadu Pada Tuan Rumah, Keluarga Adam Autism Terpaksa Keluar Rumah Sewa 2

Kami akan pindah keluar hujung bulan ni…Anak saya takkan jadi pengacau kamu dah

Akan tetapi, semalam Encik Iman Wak Tuck Meng berkongsikan rasa terkilan kerana dia dan keluarga dimaklumkan terpaksa keluar berpindah dari rumah sewa pada hujung bulan ini. Semuanya gara-gara tuan rumah mereka yang enggan renew penyewaan dipercayai mempunyai kaitan dengan aduan daripada jiran terdekat tentang Adam.

Adam tak buat bising setiap hari…Tuan rumah tertekan dengar aduan daripada jiran

Ibarat tiada rasa empati, bapa Adam juga menyifatkan remaja berkenaan bukanlah jenis membuat bising pada setiap hari. Memahami tekanan dihadapi jiran sekeliling, rupanya mereka sekeluarga sudah bercadang berpindah tinggal di rumah baru dalam masa beberapa tahun sahaja lagi. Namun tidak disangka dugaan baru datang melanda.

MasyaAllah tak sangka dapat banyak mesej & doa…Terima kasih

Pun begitu, keluarga ini sangat bersyukur dan berterima kasih kerana begitu ramai orang masih memberikan sokongan positif kepada mereka dalam mendepani ujian. Bahkan sejak berita itu dikongsikan, banyak DM yang diterima menandakan masyarakat masih prihatin.

Jiran Mengadu Pada Tuan Rumah, Keluarga Adam Autism Terpaksa Keluar Rumah Sewa 7

Jiran Mengadu Pada Tuan Rumah, Keluarga Adam Autism Terpaksa Keluar Rumah Sewa 8