“Jin suka duduk kat dalam..” – Hilang tiga hari, rupanya cucu ada dalam timbunan kain tak berlipat

“Jin suka duduk kat dalam..” – Hilang tiga hari, rupanya cucu ada dalam timbunan kain tak berlipat

 

Antara banyak-banyak kerja rumah, melipat baju adalah benda paling malas untuk dibuat oleh majoriti mak-mak. Betul tak?

Terkadang, semua pakaian akan dibiarkan menimbun selama berhari-hari sehingga ‘termuntah’ daripada bakul.

Akan tetapi, perkongsian daripada saudara @Tajul Zulkarnain ini mungkin boleh menjadi peringatan buat kita semua.

Mengimbau kisah yang diceritakan oleh datuknya suatu ketika dahulu, seorang lelaki datang meminta pertolongan kerana cucunya dikatakan sudah hilang selama 3 hari berturut-turut.

Bersetuju untuk membantu, lalu dia ke sana sambil membawa kitab Al-Quran yang sentiasa berada di pegangan. Di rumah tersebut, terdapat sebuah bilik yang dipenuhi timbunan baju tidak berlipat di atas katil.

Sejurus membaca doa, datuk Tajul cuba selukkan tangannya dalam baju-baju berkenaan.

Secara tiba-tiba, datuk Tajul merasakan seperti ada sesuatu yang menarik tangannya dari dalam timbunan baju.

Setelah membacakan ayat-ayat rukhyah untuk menumpaskan jin berkenaan, suasana bilik mula dipenuhi dengan bau hangit serta asap.

Tidak lama kemudian, terdapat tangan seorang kanak-kanak turut mencapai tangannya dari dalam sebelum ditarik keluar sepenuhnya.

Apa yang mengejutkan, kanak-kanak itu berada dalam keadaan cukup lemah dengan penuh kesan lebam di sekitar badan akibat gangguan makhluk halus itu. Datuk Tajul kemudian memberikan teguran tentang perbuatan tidak melipat baju dan menasihati agar katil kita ditepuk-tepuk terlebih dahulu sebelum baring di atasnya.