“Jimat lagi sedap,” Majlis kahwin hidang mi segera kepada tetamu undangan

“Jimat lagi sedap,” Majlis kahwin hidang mi segera kepada tetamu undangan

 

Sebuah majlis perkahwinan di Ciracas, Jakarta Timur, menjadi perhatian para pengguna media sosial kerana menghidangkan mi segera kepada tetamu undangan.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, pihak tuan rumah dilihat menghidangkan mi segera pelbagai perisa seperti ayam, bawang, soto dan mi goreng, lapor Kosmo.

Turut dihidangkan semasa majlis perkahwinan pada 22 Disember lalu itu adalah pelbagai bahan pelengkap juadah tersebut seperti sayur, bakso, sambal dan kicap.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Junhadi Affan, dia mengutarakan cadangan untuk menghidangkan mi segera kepada pasangan pengantin berkenaan.

“Ini adalah menu baharu daripada kedai saya iaitu Indomie. Saya sudah berbincang dengan pasangan pengantin untuk menyediakan 100 bungkus mi segera.

“Saya mencadangkan idea ini kepada mereka kerana belum pernah ada lagi pengantin yang bersetuju sebelum ini,” katanya.

Video yang mendapat hampir 2.1 juta tontonan itu tular dan menerima pelbagai komen netizen.

@villa_srimanganti

♬ original sound – Venue Wedding Jakarta – Venue Wedding Jakarta

“Bagus juga kalau saya buat begini nanti kerana dapat berjimat,” kata seorang netizen.

“Kalau di kampung saya, pasti menjadi kecaman jiran tetangga,” kata netizen lain.