Jho Low digelar sebagai ‘Pejabat Perdana Menteri’

Jho Low digelar sebagai ‘Pejabat Perdana Menteri’

 

Saksi perbicaraan rasuah bekas kakitangan Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng menceritakan sejauh mana mereka dan rakan kongsi Goldman mendapat berbilion dolar dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Bloomberg.

Bagi mengelirukan, mereka menggelar Low Taek Jho atau Jho Low sebagai ‘kawan’ atau PMO (Pejabat Perdana Menteri), kata Tim Leissner kepada mahkamah pada Selasa.

Leissner, bekas pengerusi Goldman Asia Tenggara memaklumkan dia bersama kakitangannya Ng termasuk pegawai Golfman, Andrea Vella, bekas ketua pelaburan sebuah bank di Asia menggunakan kod nama berkenaan untuk menyembunyikan sejauh mana pembabitan Low dalam projek pengumpulan dana daripada rakan kongsi lain di bank itu.

“Jika kami menggunakan namanya dalam kapasiti sebenar dan ia tidak akan diluluskan.

“Ini adalah amaran yang menyebabkan transaksi perlu dihentikan,” kata Leissner, 52, pada hari kedua perbicaraan kes membabitkan Ng di Brooklyn, New York.

Bagaimanapun, usaha itu ternyata sukar, dakwa Leissner.

Dia memaklumkan juri bahawa kumpulan yang sama memutuskan untuk mengakui beberapa tahap pembabitan Low kerana dia sudah dikaitkan secara terbuka dengan 1MDB.

Ditanya oleh pegawai penyelia, Leissner berkata, mereka bersetuju untuk mengatakan Low mempunyai kaitan dengan dana terdahulu 1MDB selain mempunyai hubungan Abu Dhabi, yang mana entiti kerajaannya sudah bersetuju untuk memberikan sokongan kepada 1MDB.

“Kami sudah membuat keputusan perkara ini akan selamat,” katanya.

Leissner sebelum ini mengaku bersalah atas kesalahan penggubahan wang haram dan rasuah.

Ng, dituduh atas kesalahan terbabit dalam konspirasi bersama Leissner melakukan pengubahan wang selain melanggar undang-undang antirasuah Amerika Syarikat.

Dia adakah satu-satunya pegawai bank Goldman yang dibicarakan berhubung susulan skandal 1MDB.