Jho Low bayar model Amerika Syarikat RM103,800 jadi ‘peneman’ Super Bowl

Jho Low bayar model Amerika Syarikat RM103,800 jadi ‘peneman’ Super Bowl

 

Perkembangan terbaru mengenai Jho Low, ahli perniagaan yang menjadi buruan kerajaan Malaysia berhubung skandal 1MDB itu dikatakan telah membayar pelakon dan model Amerika Syarikat, Emily Ratajkowski. 

Emily Dibayar Ratusan Ribu Ringgit

Memetik laporan Malay Mail, lelaki itu membayar Emily sebanyak AS$25,000 (RM103,882.93) hanya untuk menemaninya ke acara  Super Bowl. Pendedahan tersebut dibuat sendiri oleh Emily menerusi temubualnya bersama Majalah Sunday Times UK bagi mempromosikan karya terbarunya berjudul My Body.

Mengaku Dibayar 

Jelas Emily,  dia akui tidak jelas akan butiran ‘kerja’ nya ketika keluar bersama  Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho.

“Dia (Emily) tidak pasti mengapa dia berada di sana, berapa lama dia perlu tinggal dan ejennya perlu berurusan dengan siapa pntuk mengetahui sama ada dia boleh pergi”.

“Saya dibayar” jelas Emily seperti dilaporkan Sunday Times UK

Bagaimanapun, Emily tidak menyatakan edisi perlawanan kejohanan tahunan Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) yang pernah dihadirinya itu bersama Jho Low.

Sebagai info, Emily pernah muncul di dalam dua video muzik antarabangsa, Robin Thicke’s : Blurred Lines dan Maroon 5 : Love Somebody. Selain itu dia juga pernah berlakon bersama Ben Affleck dalam filem Gone Girl pada tahun 2014.