Jeti nak ke Langkawi dah mula sesak..

Jeti nak ke Langkawi dah mula sesak..

Umumnya mengetahui, pihak kerajaan membenarkan kebenaran merentas daerah bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, kebenaran merentas daerah ini disambut baik oleh netizen yang sudah lama ‘terperap’ di rumah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Walau bagaimanapun, seperti foto yang dikongsi Langkawi Kini, di laman Facebook menimbulkan kerisauan dalam kalangan netizen apabila orang ramai dilihat bersesak-sesak menunggu giliran bagi menunggu giliran menaiki feri.

Bahkan, prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal tidak lagi dipraktikkan oleh mereka.

Teruskan patuh SOP

Foto: Langkawi Kini

Difahamkan, foto tersebut telah dirakam di jeti Kuala Kedah dan orang ramai dilihat berpusu-pusu sedang menunggu giliran. Orang ramai dilihat mengambil peluang yang ada untuk pergi bercuti berikutan kebenaran untuk merentas daerah yang diberikan.

Bahkan, sebelum ini pihak kerajaan membenarkan pergerakan pelancongan dari negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri PKPP yang lain dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Namun, kebenaran ini dibenarkan bagi tujuan pelancongan bukannya atas urusan persendirian.

Risau muncul kluster baru

Foto: Langkawi Kini

Tidak salah bagi mereka untuk pergi bercuti, kerana ia masa yang sudah lama dinanti-nantikan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga. Tetapi apa yang menimbulkan kerisauan apabila, SOP yang telah disarankan oleh pihak kerajaan sudah lagi tidak diikuti.

Penjarakan 1 meter tiada. Tolong ambik perhatian

Bahkan, menerusi foto yang dikongsi tiada lagi penjarakan fizikal 1 meter antara satu sama sama lain yang boleh menyumbang kepada wujudnya kluster baharu. Perkara tersebut secara tidak langsung akan menambahkan lagi kes aktif harian di negara kita.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat tidak salah untuk seseorang itu untuk pergi bercuti, asalkan patuh dengan setiap SOP seperti penjarakan fizikal satu meter, memakai pelitup muka, dan kerap mencuci tangan.

Harap semua ikut SOP. Biar la nak bercuti pun. Dapat juga income dekat pekerja pelancongan yang 2-3 bulan tiada kerja.

Orang nak balik raya wei. Jaga la sop. Dah tepu dah ni dok sorang.

Bestnya p bercuti tapi nanti dah balik bercuti jangan pulak menyusahkan orang lain ya.

Sumber: OB, Langkawi Kini