Jep ‘bahan’ Shuib gaya Datuk Seri Vida

Program pencarian bakat komedi, ‘MSYH’ akhirnya melabuhkan tirai apabila kumpulan Arteh yang dianggotai oleh 2 anak Allahyarham Mr. Os diangkat sebagai juara. Selain ahli kumpulan Sepahtu iaitu Jep, Rahim serta Pak Ya, pentas final semalam juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran Datin Lisa Surihani dan Shuib selaku juri undangan khas.
Confirm kena ‘bahan’ kalau berjumpa…Jep bagi hint gaya Datuk Seri Vida
Sebaik kemunculan usahawan dan pelawak itu didedahkan, bukan saja tepukan dan sorakan penonton bergema di dewan. Malahan, Jep Sepahtu sendiri teruja dapat bertemu dengan rakan karibnya itu semula. Paling mencuit hati, dia juga sempat menyakat Shuib dengan membuat gaya yang sinonim dengan Datuk Seri Vida rentetan hangat gosip mereka diperkatakan sebelum ini.
@paktampya kompom kne bahan kalau berjumpa dorg ni..#fypシ #foryourpage #tiktokmalaysia🇲🇾 #final #MSYH2021 #astrowarna
Lagi elok kalau dia pilih lagu ‘I want you‘…kalau itu markahnya kurang
Tak terhenti di situ, Jep sekali lagi mengusik sahabatnya itu ketika sedang ‘rancak’ memberi komen dengan mengalunkan bait lirik lagu Datuk Seri Vida pula. Walaupun terhibur dengan gelagat spontan tersebut, Shuib tetap profesional menyampaikan feedback serta nasihat berguna kepada peserta finalis yang sedang bertanding.
@hafeeschelah_ MenajudKannnnnn……. 😂 #mencarisepahtuyanghilang2021
Bila Shuib masuk Jep terus ceria, macam 2 beradik dah…hanya beberapa gerakan je boleh buat kita tergelak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui terhibur dengan celoteh serta ragam spontan ‘nakal’ Jep. Dalam pada itu, mereka turut perasan reaksi suami kepada Sari Yanti itu terus bertukar lebih ceria sejurus apabila Shuib muncul semalam.