Jawi sahkan dua selebriti ditahan, disiasat kerana berkhalwat

Jawi sahkan dua selebriti ditahan, disiasat kerana berkhalwat

 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan tangkapan dua selebriti dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu kota pada malam Jumaat.

Menerusi satu kenyataan, Jawi memaklumkan siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek atau Orang Yang Disyaki (OYDS) di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat).

Difahamkan, tangkapan tersebut dilakukan selepas Bahagian Penguatkuasaan Jawi membuat pemeriksaan di lokasi tersebut susulan aduan awam yang diterima.

Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan.

Adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah kemudian mengesahkan pelakon lelaki tersebut merupakan abang iparnya, Aliff Aziz.