“Jauh betul ambil step” – Bawa basikal tak padan dengan ketinggian, gelagat kanak-kanak ini buat ramai terhibur

“Jauh betul ambil step” – Bawa basikal tak padan dengan ketinggian, gelagat kanak-kanak ini buat ramai terhibur

 

Basikal merupakan antara kenderaan yang menjadi kegemaran ramai untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Lazimnya, ia hanya digunakan buat mereka yang mahu bergerak menuju ke lokasi berhampiran.

Tidak hanya orang dewasa, kenderaan dua roda ini turut menjadi kegemaran kanak-kanak hingga ia menjadi antara benda yang wajib dimiliki oleh mereka.

Namun, ada segelintir kanak-kanak yang lebih gemar bermain basikal yang lebih besar dan tidak sepadan dengan usia dan ketinggian mereka.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @azzululu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dilihat sedang menaiki sebuah basikal.

Apa yang menjadi perhatian adalah basikal yang ditunggang oleh kanak-kanak itu merupakan basikal orang dewasa yang dipercayai dari jenis road bike dan tidak sesuai dengan ketinggian serta usianya.

Melalui video berkenaan, dapat dilihat kanak-kanak lelaki itu sedang berusaha menaiki basikal yang dibawa selepas membeli makanan dan minuman di gerai makanan yang terletak di Bukit Rambai, Melaka.

Gelagatnya yang hanya menggunakan sebelah kaki ketika cuba mengawal dan seimbangkan dirinya sewaktu membawa basikal berkenaan jelas menarik perhatian perakam video berkenaan.

Malah, dia dilihat cuba mengayuh kenderaan itu setelah mendapat rentak namun akhirnya gagal hingga menyebabkan dia terjatuh.

@azzululu

haih Mail Mail

♬ original sound – Oh My Media – Oh My Media

Aksi kanak-kanak yang menunggang basikal itu dilihat sama seperti watak Mail dalam animasi Upin Ipin yang popular dan sinonim dengan karakter suka menggunakan basikal lebih besar daripada badannya.

“Haih mail, mail,” tulis pemilik video berkenaan menerusi ruang kapsyen.

@arif_deramanshop

LAIN MACAM MAIL KALI NI KAYUH BASIKAL #mail2singgit #mailduasinggit #upinipinviral #upinipinofficial #upinipinterbaru #upinipinterbaru2023 #lescopaqueproduction #malaysia #malaysiatiktok #malaysiaanimation #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #foryoupage #foryourpage #foryoupageofficiall #trend #trending #trendingvideo #trendingtiktok #trendingsong #trendingapahariini #viral #virall #viralvideos #viralditiktok #kartunviral #kartunviraltiktok #viralapaantuh #tiktok #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #tiktokjapan #tiktokindia #foryoumalaysia #foryouindonesia #foryoujapan #foryouindia #arif_deramanshop #upinipin_fullhd

♬ original sound – arif_deramanshop – arif_deramanshop

Video yang telah mendapat lebih 3.8 juta tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-ratanya terhibur melihat gelagat kanak-kanak lelaki itu yang bersusah payah cuba menunggang kenderaan tersebut.

Malah, ada yang turut bersetuju dengan kenyataan pemilik video berkenaan yang menyamakan budak lelaki itu sama seperti watak Mail.

Ada juga warganet yang turut mempersoalkan bagaimana kanak-kanak berkenaan datang ke gerai makanan tersebut menggunakan basikal itu setelah dia dilihat susah untuk mengawal dan menggunakan kenderaan tersebut ketika pulang.

Pada masa yang sama, ada warganet yang turut mengimbau kenangan lama apabila melihat kanak-kanak itu menaiki basikal berkenaan.

Bagi mereka, apa yang dilakukan oleh kanak-kanak itu turut dibuat sewaktu mereka kecil dahulu.