Jatuh ketika latihan merentas desa, pelajar tingkatan empat meninggal dunia

Jatuh ketika latihan merentas desa, pelajar tingkatan empat meninggal dunia

 

Terdapat satu kejadian dimana seorang pelajar lelaki tingkatan empat maut ketika menjalani latihan merentas desa. Kesiannya..

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku pada pukul 8.34 pagi di Marang, Terengganu dan perkara ini dikatakan sendiri Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris.

Pada awalnya, pelajar tersebut terjatuh ketika sedang berlari sebelum pengsan. Beberapa pelajar yang turut menjadi saksi juga cuba memberi bantuan pernafasan tapi keadaan mangsa dikatakan semakin lemah.

Guru yang bertugas membawa mangsa ke klinik Pengkalan Berangan untuk menerima rawatan namun doktor memaklumkan mangsa meninggal dunia.

Terdapat luka di kening, calar dibawah dagu dan tangan pada mangsa akibat terjatuh. Bapa kepada mangsa juga dikatakan telah membuat laporan polis dan turut menolak proses bedah siasat ke atas anaknya itu.

Beliau juga menyatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya terjadi perkara berbangkit pada masa akan datang.

Redha betul bapanya. Semoga ahli keluarga mangsa yang lain tabah atas kehilangan insan tersayang, takziah kami ucapkan..