Janji nak bagi kerja, remaja perempuan 17 tahun terpedaya, kena rogol dua kali

Remaja perempuan berdepan detik hitam apabila dirogol seorang lelaki yang menawarkan pekerjaan kepadanya di sebuah hotel di Taman Dagang, di sini, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, mangsa yang berusia 17 tahun mengatakan ditarik secara paksa oleh suspek untuk masuk ke dalam hotel berkenaan kira-kira 2 pagi.

Menurutnya, trauma dengan kejadian itu mangsa nekad untuk tampil membuat laporan polis.

“Mangsa memaklumkan dirogol sebanyak dua kali oleh suspek di hotel yang sama.

Susulan itu, Nazruel berkata, pihaknya berjaya menahan suspek lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai peniaga di Ulu Langat, 17 April lalu.

“Hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine, dan Methamphetamine,” katanya.

Katanya, reman terhadap suspek dibenarkan selama enam hari bermula Khamis lalu sehingga Selasa ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada amang seksual terhadap kanak-kanak.

“Hukuman Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 hendaklah dihukum dengan pemenjaraan maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat,” katanya.