Terbaharu, tular sebuah video di Tiktok yang memperlihatkan suasana insiden yang melibatkan seorang pemandu india yang dipercayai telah melanggar pengguna jalan raya lain.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah seorang lelaki berbangsa india yang telah memberi “ceramah” kepada individu sebangsanya yang telah melanggar orang lain di dalam kejadian tersebut.
Lelaki berbaju putih itu langsung memarahi individu terbabit kerana telah menyusahkan orang lain dek kerana tindakan memandu melulunya.
“Kalau you mabuk, duduk diam dekat rumah. Jangan tunjuk hero dekat highway. Bukan lu punya bapa punya jalan.
“Nanti orang mati macam mana. Itu kakak, adik (merujuk kepada mangsa yang dilanggar) dekat hospital dia mati ka hidup kita tak tahu. Nanti gua masuk dalam sapa mau bayar? Bapa lu ka?, ujarnya dengan nada marah kepada suspek tersebut.