Jangan ‘tepek’ tuala basah atas kepala anak demam, doktor ini dedahkan risiko sawan

Jangan ‘tepek’ tuala basah atas kepala anak demam, doktor ini dedahkan risiko sawan

 

Masalah demam di kalangan anak yang masih kecil kerap membuatkan ibu ayah merasa bimbang. Selain mendapatkan bekalan ubat di klinik disusuli nasihat doktor, pastinya ramai yang akan ‘tepek’ kepala anak dengan tuala basah bertujuan menurukan suhu badan.

Bila kepala panas sangat, sawan akan naik

Namun siapa sangka, tindakan tuam kepala dengan tuala basah rupanya boleh mengundang risiko sawan buat kanak-kanak. Hal berkenaan sempat dikongsikan doktor ini sekali gus memberikan kesedaran bahawa amalan turun temurun tidak semestinya sesuai dibuat.

Apa yang berlaku adalah, haba itu akan terperangkap di bawah tuala

Membuat analogi dengan situasi periuk nasi, haba di bawah tuala akan terus terperangkap dan rasa panas itu umpama gagal dilepaskan. Bukan tidak boleh, sebaliknya anda boleh gunakan cara lebih efisyen termasuklah sapukan air secara terus ke kepala, leher dan juga ketiak. Elakkan air terkena di tangan atau kaki supaya anak-anak tidak menggigil.

Saya biasa spray kepala anak dengan air…Basahkan tuala letak kat ketiak & kelengkang…Kerapkan mandi

Mendapat maklumat baru, netizen juga berterima kasih kepada penjelasan doktor berkenaan. Tidak ketinggalan, mereka berkongsikan rutin yang kerap dibuat dalam merawat anak ketika demam.

Jangan 'Tepek' Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Doktor Dedahkan Risiko Sawan 4

Jangan 'Tepek' Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Doktor Dedahkan Risiko Sawan 5

Jangan 'Tepek' Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Doktor Dedahkan Risiko Sawan 6

Jangan 'Tepek' Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Doktor Dedahkan Risiko Sawan 7