“Jangan tanya soalan bodoh-bodoh tuan” – Pemilik butik terkedu dimaki calon minta kerja

Dalam mencari kerja, selain butiran diri untuk menentukan kelayakan, sikap dan adab calon juga memainkan peranan utama untuk menilai jika seseorang itu layak bekerja dengan bakal majikan mereka atau tidak.
Tidak kiralah sama ada majikan tersebut yang mencari calon terlebih dahulu sekalipun, kalau adab teruk memang tak diambil bekerja.
Seorang majikan kongsikan perbualannya dengan seorang calon ini dengan mendedahkan sikap biadap calon itu sampai ke tahap maki hamun di platform X.
Dalam perkongsian tersebut, majikan yang dikenali sebagai Tengku Kery ini pada mulanya tidak mahu kongsikan perkara tersebut, tapi sikap biadapnya itu agak keterlaluan sampaikan netizen yang membaca mesej daripada calon tersebut pun boleh naik angin.
Mesej tersebut mendedahkan bahawa pada mulanya majikan ini bertanyakan kepada calon tersebut sama ada dia masih bekerja atau tidak, namun dia menjawab dengan sindiran sebelum memaki hamun semula majikan tersebut dengan kata-kata kesat.
Mula-mula tak nak post benda ni, tapi makin tebal dia punya b*doh. Dia minta kerja, pastu aku tanya soalan “Sekarang kerja?” Pastu nak maki-maki begini. Memang tak boleh tanya soalan kerja ke tak ke?”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen anggap bahawa calon ini adalah contoh kenapa ramai orang susah dapat kerja dan ada juga yang anggap bahawa ia memudahkan kerja majikan dalam membuat penilaian untuk memilih pekerja.