“Jangan tanya mesin basuh mana” – Ina Naim tunai hasrat arwah suami buka kedai dobi

“Jangan tanya mesin basuh mana” – Ina Naim tunai hasrat arwah suami buka kedai dobi

 

Balu kepada penyanyi Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim tunai hasrat arwah suami untuk membuka kedai dobi di kampung, Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Pemilik nama Nordiana Mohd. Naim,40, berkata, perkara itu merupakan impian arwah suaminya untuk menyediakan perkhidmatan dobi sejak 2009 lagi.

Dia bagaimanapun meluahkan rasa kesal apabila ada individu memerli dirinya membeli mesin basuh untuk membasuh pakaian.

“Selain berniaga kopi, sabun dan koko, alhamdulillah Allah izinkan saya tidak perlu pergi ke dobi. Saya sendiri sudah membuka dobi. Jadi jangan tanya mesin basuh mana.

“Ini mesin basuh banyak. Selepas ini jangan tanya lagi. Jangan cakap suami saya tidak beli mesin basuh, tidak beli itu, tidak beli ini. Saya sekarang sudah buka dobi di kampung,” katanya dalam satu siaran langsung (live) dalam TikTok.

Tambah Ina, dia menggunakan duit royalti Allahyarham Suhaimi yang diterima sebagai modal untuk membuka perniagaan tersebut.

Malah, dia juga bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang tidak putus terutama pada musim hujan.

“Duit royalti arwah saya tidak guna sewenang-wenang untuk berseronok. Tetapi saya membuka dobi kerana duit itu akan sentiasa berkembang.

“Saya membuka dobi ini selepas arwah meninggal, alhamdulillah rezeki tidak putus terutamanya ketika musim hujan.

“Ada sahaja orang hantar baju termasuk pihak masjid yang menghantar sejadah dan telekung. Ada juga sekolah yang menghantar alas meja guru dan langsir untuk dibasuh,” katanya.

Selain itu, Ina juga berkongsi arwah suaminya pernah memberitahu dirinya mimpikan beberapa selebriti yang sudah meninggal dunia seperti Allahyarhamah Siti Sarah dan Sharifah Aini.

@_itsmefadz_

Petanda mimpi pada arwah suhaimi saad #inanaim #suhaimisaad #alfatihah #khusnulkhotimah

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Terdahulu, media melaporkan Allahyarham Suhaimi Saad meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru pada November tahun lalu.

Jenazah yang juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara.

Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.