“Jangan sembang macam kenal sangat” – Dituduh bercerai sebab abai tanggungjawab, ini jawapan ‘sinis’ Hafiz Suip

“Jangan sembang macam kenal sangat” – Dituduh bercerai sebab abai tanggungjawab, ini jawapan ‘sinis’ Hafiz Suip

Penyanyi, Hafiz Suip tampil membidas satu komen yang mendakwa rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah berpisah akibat selebriti ini dikatakan telah mengabaikan tanggungjawabnya.

Menerusi video dimuat naik di TikTok Story, Hafiz terhibur apabila terdapat individu yang komen sedemikian yang dianggap seolah-olah tidak masuk dek akal fikirannya.

“Saya adalah terbaca ada satu komen akak ni dia kata ‘dia bercerai sebab laki dia abaikan dia’…. saya rasa kelakar s*al komen tu.

“Kau nak cerita apa sebenarnya kak? Kau nak cerita aib kau, tak payah.. Orang tak nak tahu.. Sibuk nak jadi cikgu nak ajar orang,” katanya ketawa kecil.

Sementara itu, pelantun lagu popular Bahagiamu Deritaku ini turut sempat memberi pesanan kepada pengikutnya untuk tidak melemparkan fitnah soelah-olah netizen mengenali dirinya secara peribadi.

“Korang tak kenal aku, jangan sembang macam kenal aku sangat. Sorry to say la eh.

“Ini live aku, suka hati aku nak cakap apa. Korang tak suka, jangan follow aku,” katanya.

Sebelum ini, Hafiz meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anak lelakinya, Muhammad Riyadh Zafri, dan Muhammad Alkaf Zayne.

Namun begitu, tanda pagar #janganmainapi yang ditulis oleh Hafiz di kapsyen mencetus tanda tanya.

Hafiz Suip

Timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Hafiz bersama isterinya, Nureffy Jesreel Abdullah dikatakan sedang bergolak.

Isu tersebut menjadi semakin menimbulkan persoalan selepas Hafiz bertindak menyahaktifkan akaun media sosial Instagram dan Facebook miliknya.

Bagaimanapun, sehingga saat in Hafiz masih belum bersuara mengenai dakwaan pergolakan rumah tangganya itu.