Jangan klik pautan kononnya dapat ‘Bucket’ Ayam KFC percuma, KFC Malaysia sahkan ia palsu

Jangan klik pautan kononnya dapat ‘Bucket’ Ayam KFC percuma, KFC Malaysia sahkan ia palsu

KFC merupakan satu jenama restoran makanan segera yang digemari rakyat Malaysia. Namun, setiap kali tiba hari istimewa mesti akan ada hantaran baucer palsu.

Menerusi laman Twitter Rauf Razak, meragui baucer yang tular hari ini. Jadi, pihak KFC segera mengeluarkan status bahawa ianya hanyalah palsu.

Susulan daripada itu, KFC Malaysia mengeluarkan satu status mengenai hantaran KFC Women’s Day di aplikasi Whatapps  dan media sosial yang tular hari ini adalah berunsur penipuan atau scam.

Sehubungan dengan itu, pihak KFC menasihatkan orang ramai agar tidak memberi maklumat personal menerusi laman web tersebut.

Sumber: KFC Malaysia