“Sekalipun tak suka, tolong selitkan doa yang baik” – Neelofa dah beri nasihat, minta netizen jangan kecam Ameera

“Sekalipun tak suka, tolong selitkan doa yang baik” – Neelofa dah beri nasihat, minta netizen jangan kecam Ameera

 

“Sekalipun tak suka, tolong selitkan doa yang baik” – Neelofa dah beri nasihat, minta netizen jangan kecam Ameera

Selebriti popular, Neelofa memohon orang luar untuk berhenti mengecam adiknya Ameera Khan dan pelakon kontroversi Indonesia, Jefri Nichol yang sedang hangat menyulam asmara.

Ini berikutan terdapat pihak yang kurang senang dengan kemesraan yang dipamerkan mereka di media sosial selain kisah peribadi Jefri yang penuh dengan cerita panas.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkata, dia sudah menjalankan tanggungjawab dalam menasihati adiknya, namun enggan berkongsi secara terperinci.

“Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan. Cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya dan tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya.

“Pada masa sama, saya mahu minta semua, jangan mengecam atau tulis yang buruk-buruk. Sekalipun kamu suka atau tidak suka, tolong selitkan doa yang baik.

“Susunan takdir Allah dan segala perancangan boleh diubah menjadi sesuatu yang baik dengan doa yang baik. Sudah tentu saya nak yang terbaik untuk adik-adik dan kakak saya,” katanya.

Neelofa ditemui selepas menerima Anugerah Wanita Inspirasi sempena The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025 yang berlangdung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Walaupun kisah percintaan adiknya terus menjadi topik hangat netizen, namun Neelofa tidak terganggu dengan segala kecaman yang dilemparkan.

“Alhamdulillah tak mengganggu saya langsung. Namun tak bermakna saya tak peduli apa yang orang tegur dan nasihat.

“Kita ambil cakna dan benda itu saya rasa tak patut kita kongsikan kepada khalayak mengenai apa yang kami buat atau bincangkan.

“Saya rasa tak perlu untuk saya beritahu. Cukup sekadar perkara ini diketahui oleh adik-beradik, ibu dan ayah saja.” katanya.

Menurut Neelofa, keluarganya juga mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan segala isu yang berlaku dengan berhemah dan beradab.

“Kami ada cara tersendiri. Mungkin keluarga dan adik-beradik lain ada cara tersendiri untuk saling menasihati. Kami pun ada cara kami tersendiri.

“Walaupun di mata orang belum cukup bagus, Tapi insya-Allah kita tahu apa yang terbaik untuk dia,” katanya.

Baru-baru ini, Ameera mencuri tumpuan apabila dilihat duduk di riba Jefri sambil berpelukan mesra dalam satu hantaran terbaharu di media sosial.

Lebih mengejutkan, aksi spontan Jefri yang mengucup pipi Ameera sambil merangkul erat dalam pelukannya mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Sebelum ini, Jefri pernah berdepan kecaman selepas membuat pendedahan pernah meniduri lebih 20 wanita, selain berlaku curang terhadap pasangannya serta makan daging babi.

Ameera dan Jefri dilapor pernah menyulam cinta, namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas wanita itu tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.

Namun, pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan mereka dikhabarkan kembali bertaut selepas pelakon itu menghubungi Ameera menerusi panggilan video.