“Jangan jadi maksiat enabler, nasihatkan artis Malaysia juga” – Isu Sarah Yasmine, Erma Fatima dikritik netizen

“Jangan jadi maksiat enabler, nasihatkan artis Malaysia juga” – Isu Sarah Yasmine, Erma Fatima dikritik netizen

 

Nama penerbit terkenal, Erma Fatima baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas memberikan kenyataan kepada media tempatan, meminta kekasih aktor, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine untuk ‘berambus’ dari Malaysia serta menyelesaikan konflik mereka tanpa melibatkan artis tempatan.

Terkini, Erma dilihat memuatnaik foto dirinya bersama pelakon, Muaz Zabir berserta kapsyen yang ‘mengajar’ Muaz cara untuk membuat laporan polis agar wanita berkenaan berhenti menyebarkan cerita mengenainya.

“Nah! Ambik ni dialog macam mana nak buat report polis kalau orag selak-selak kain kau. Cakap kat polis tu, saya nak buat report supaya perempuan ti berhenti menyebarkan cerita tentang saya.

Lepas tu korang boleh minta mahkamah mendaparkan satu injunksi supaya perempuan itu diberhentikan daripada mengeluarkan statement/ Cerita yang boleh mengaibkan reputasi korang.”-kapsyen Erma di Instagram

Tambahnya lagi penerbit drama Lelaki Itu turut menitipkan harapan agar pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan bersesuaian bagi menghalang Sarah daripada membuat hantaran di media sosial untuk menjaga maruah seni tanah air.

“Saya harap MCMC juga haruslah mengambil tindakan bersesuaian untuk menghalang publisiti dia melalui media sosial, di mana hantaran/ posting disekat demi menjaga maruah seni tanah air. Tolonglah, hentikan semua ini.”

Hantaran Erma Fatima mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ramai yang mengkritik kenyataan penerbit ini yang dikatakan tidak bersikap adil kerana menyebelahi ‘penyondol’.

“Kalau perempuan tu tak selak, kami tak tahu how bad Ruhainies is. Pihak SENIMAN lambat sangat ambil tindakan on the case khalwat dan artis tersebut masih diidolakan. Kami ada anak perempuan, bila diselak baru kami tahu perbuatan bepiau tak patut.”

“Nak komen silakan, tapi tak payah nak sebut negara. Dengan ini hilang saya punya respect pada awak. Ini akan diikuti dengan unfollow IG, boikot filem, dan boikot produk awak.”

“Jangan jadi maksiat enabler, Nasihatkan artis Malaysia jugak. Jadilah artis/ public figure yang pandai jaga imej. Jangan berpeleseran sana sini.”

“Jangan lupa kalau tak ada yang selak, tak ada siapa kenal artis-artis toksik macam Ruhainies tu depan Bella kemain, belakang menyondol laki orang tu pun nak backup ke.”