‘Jangan jadi ketam yang ajar anak berjalan lurus!’

‘Jangan jadi ketam yang ajar anak berjalan lurus!’

Sejak semalam, 2 gambar ini kerap naik ke laman maya saya.

Saya bukan hendak menyimbah petrol pada api yang sedang marak. Sesekali tidak. Namun saya juga tidak dapat menahan diri saya apabila melihat golongan awam dibuli sebegini rupa.

Apakah kerana kami tidak mempunyai nama ataupun harta seperti mereka sehingga membuatkan kami dilayan seperti hamba?

Saya jadi terfikir, jika Tokti bukan orang kenamaan, apakah agamawan kita akan hadir ke majlis tersebut?

Apakah kenduri aqiqah dan tahnik adalah satu kerjaya yang wajib diberi kebenaran merentas negeri seperti yang diluahkan oleh saudara di dalam gambar tersebut?

Sedangkan orang lain yang betul-betul terdesak untuk pulang pula tidak diberi keizinan.

Jadi kepada golongan atasan, jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.

Kalian bertukus lumus menyuruh rakyat mengikut aturan yang kalian tetapkan. Tetapi kalian sendiri yang tidak mengikutinya.

Maka jangan kalian tanya kenapa rakyat jadi degil dan melawan kata. Kalau kalian sendiri pun dua kali lima.

*tolong jaga adab kalau nak comment

Pesanan Ikhlas dari Al Khairiz