Jangan isi minyak masa cuaca panas? Tiga tips ini mitos!

Jangan isi minyak masa cuaca panas? Tiga tips ini mitos!

 

Macam-macam petua kita dengar pasal penjimatan pengisian petrol kenderaan ini, antara yang paling popular sekali jangan isi minyak semasa waktu panas. Betul ke tu? Bukan itu sahaja ada lagi beberapa tips-tips yang selama ini kita percaya rupa-rupanya hanya mitos semata-mata.

Antara tips-tips mitos yang dikongsikan oleh Danial ini ternyata ada juga logiknya, bahkan beliau juga berkongsikan petua yang sebenar-benarnya kalau nak jimatkan minyak kenderaan anda.

Mitos Pengisian Minyak :

1. Jangan Isi Minyak Waktu Tanki Tengah Loading

“Hari ni aku nak shed some light tentang mitos pengisian minyak.

Jangan isi minyak waktu tanker tgh loading kat stesen minyak. Kononnya, nanti minyak kat stesen tu berkeladak. Semua pump ada in-line filter. Kotoran ni akan tertapis dulu sebelum masuk kereta korang.”

2. Isi minyak waktu cuaca tak panas. Kononnya cuaca sejuk, minyak lagi tumpat, tak rugi minyak

“Gasoline ni mudah meruap, benar. Tapi setakat fluctuation cuaca 10-20 C ni, volumetric expansion dia tak banyak. At most korang akan jimat adalah 2 sen. Kena ingat, minyak pulak disimpan bawah tanah. Suhu lebih malar (constant). So don’t worry, you can refuel any time of the day. I won’t make much of a difference.”

3. RON97 lebih power daripada RON95. Tidak benar ye kawan-kawan

Cuma RON97 lebih resistant to knocking. Kereta standard kita pakai setakat proton, honda, toyota, pakai je RON95. Toksah nak mengada. The only exception is Mazda especially yang ada SkyActiv. Kenapa? ….

Mazda SkyActiv ni, engine dia ada high compression ratio. Tendency untuk knocking tu tinggi, especially bila jalan jauh. Nak sayang Mazda korang, pakai lah RON97. Selain daripada Mazda, tak kira la Nissan R35 ke, Lotus Evora ke, Lamborghini Gallardo ke, pakai je RON95.

4. Isi angin pakai Nitrogen boleh jimat minyak… Tolonglah jangan percaya

Siapa pakai Perodua, mesti kat service center ajak try isi angin pakai Nitrogen. Kena charge pulak tu. Tolonglah jangan percaya. Udara biasa pun 78% Nitrogen weyh. Isi je angin kat pump petronas tu. Just make sure pressure betul.

Tips Nak Jimatkan Minyak :

Semak ‘pressure’ tayar

“So apa tips nak jimat minyak? Meh kita share sikit. Yang pertama, check pressure tayar kereta. Ini mustahak. Manufacturer akan letak recommended pressure. Kalau nak jimat lebih minyak, tambah 2-4 psi extra. Kalau nak handling sedap, kurangkan 2-4 psi.”

Minyak hitam tukar selalu

Kedua, make sure, minyak hitam selalu tukar. Korang taknak servis lain pun takpe tapi setiap 10ribu-15ribu km, tolong tukar minyak hitam bersama oil filter. Ini memastikan engine kira running smooooooth.

Aircond. Yang punat biru tu, jangan letak full.

Ketiga, aircond. Yang punat biru tu, jangan letak full. Ini extra load kepada engine, boleh burn more fuel. Kalau boleh, turunkan tingkap, takpayah aircond. Tapi Malaysia kan panas, kena realistik sikit. Letak pada tahap keselesaan minima okay?

Pandu & berhenti secara beransur-ansur

Keempat, drive and stop secara beransur-ansur. Ini the single largest factor of fuel saving. Kalau korang accelerate slowly, and retard slowly, the engine will use less fuel. Ini mcm logik la kan, semua faham kan?

Kurangkan RPM

Finally, kalau bawa kat highway, try kurangkan RPM <3k. Kereta lama mcm tahun 2005 kebawah mungkin susah sebab transmission ada 3 gear je. Tapi kereta modern, ada 5-speed, 6-speed. Try bawak dalam 90-110km/h. Selamat, dan jimat minyak, insyaAllah.