‘Jangan cakap banyak, I minum sikit’ – Pemandu mabuk cuba lari lepas langgar motor

‘Jangan cakap banyak, I minum sikit’ – Pemandu mabuk cuba lari lepas langgar motor

Sebuah video viral di laman sosial memaparkan seorang wanita dalam keadaan tidak sedar dan mengaku memandu dalam keadaan mabuk. Memetik laporan Harian Metro, wanita berkenaan dipercayai melanggar dua buah motosikal sebelum melarikan diri di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa.

Menghimpit dan melanggar motosikal

Menurut laporan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12.41 tengah malam. Ketika diminta untuk membuat laporan polis, dia terus bertindak memecut laju dan melarikan diri.

Pemandu menghimpit dan melanggar motosikal jenis Harley-Davidson dan Yamaha Avantis sehingga mengalami kerosakan. Kedua-dua penunggang terbabit meminta pemandu wanita itu membuat laporan polis namun dia terus memecut melarikan diri.

Tiada kecederaan dilaporkan dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya.

‘Tak ada, minum sedikit’

Video yang tular berdurasi 45 saat itu memaparkan wanita berkenaan dalam keadaan dipercayai mabuk mengakui dia mengambil minuman alkohol dalam kuantiti yang sedikit. Bagaimanapun, pihak berkuasa telah berjaya mengesan pemandu wanita berusia 52 tahun itu dan siasatan sedang dijalankan.

Okay, you cakap I langgar you, ya ya ya.. jangan cakap banyak. Tak ada, minum sedikit.

Sumber: OB, Harian Metro