‘Jangan cabar Allah’ – Warganet kecam sesi ‘live’ Harith Iskander bersama Sajat

‘Jangan cabar Allah’ – Warganet kecam sesi ‘live’ Harith Iskander bersama Sajat

 

Sebelum ini, portal Murai ada mengeluarkan sebuah artikel mengenai persoalan yang dilontarkan oleh pelawak Harith Iskander berhubung dengan isu ‘buruan’ Nur Sajat. Dalam artikel tersebut, Harith meluahkan rasa hairan, mengapa usahawan kosmetik itu menjadi buruan sedangkan dia tidak melakukan jenayah yang besar seperti mencuri wang rakyat.

Harith Mengadakan Sesi ‘Live” Bersama Sajat

Kenyataan Harith seolah-olah tidak disambut baik oleh segelintir netizen, malah dia telah mengadakan sesi siaran langsung bersama Nur Sajat pada malam semalam (24/10). Sesi siaran langsung itu mengupas pelbagai isu yang melanda Sajat. Namun jika dilihat diruangan komen, selain menerima sokongan dari peminat, agak mengejutkan ramai juga yang mengecam tindakan Harith itu.

Tangkap Layar: IG @harithiskander

“Banyak sokongan … dan jumlah haters pun, ini benar-benar mengejutkan saya, tetapi saya benar-benar tertarik dan bersemangat untuk mengetahui tentang peristiwa yang menyebabkan dia melarikan diri dari Malaysia dan mencari suaka di Australia. Bergabunglah dengan saya malam ini dan saksikan apa yang ditakdirkan untuk menjadi salah satu episod “terpanas” yang pernah ada!- tulisnya di Instagram.

Netizen Kecam Tindakan Harith

Selepas selesai membuat sesi ‘live’ bersama Nur Sajat,  tinjauan kami di Instagram Harith, beberapa komen netizen menunjukkan rasa tidak berpuas hati dengan memanggil gelaran ‘haters’ atau pembenci jika tidak bersetuju dengan siaran live tersebut.

“Berhenti memanggil orang yang tidak bersetuju dengan anda sebagai ‘haters’. Ia tiada kaitan dengan emosi kebencian. Faktanya, dia melarikan diri dari tuduhan undang-undang!” tulis akaun @einhyatt , yang seolah-olah biasa dengan hal berkaitan undang-undang negara.

Sepatutnya Jemput JAIS

Selain itu, terdapat komen yang mencadangkan supaya Harith menjemput pihak JAIS dalam sesi siaran langsung itu demi mendapat kebenaran.

“Saya cadangkan panggil sekali JAIS sertai ‘live’ tu nanti dengan Sajad dan anda sendiri. Lagi bagus kalau panggil beberapa orang reseller produk dia sekali. Barulah boleh cerita sebenarnya kenapa dia sanggup lari dari malaysia. Jangan dengar sebelah pihak aje”- tulis akaun @temaomar yang begitu besar harapannya dalam mendamaikan pelbagai pihak.

Lebih suka Douglas Lim?

Tak kurang juga yang menyalahkan Harith tidak mempunyai sensitiviti agama dan bandingkan dirinya dengan pelawak Douglas Lim.

“Ini isu sensitif untuk umat Islam di malaysia, inilah sebabnya saya lebih suka Douglas Lim. Walaupun dia berbangsa cina tetapi dia lebih peka daripada Harith.” tulis akaun @valo.lee, yang dilihat begitu arif membuat perbandingan manusia.

Jangan Cabar Allah SWT

Terdapat salah seorang pengikut Harith di Instagram yang menganggap tindakannya sedikit melampau?

“Come on ni bukan tentang haters la tapi ni tentang islam dalam al quran lgbt ni haram sangat haram dilaknat oleh Allah kenapa nak bela dia? Hak dia? Ye memang hak dia tapi kami sebagai umat islam nak selamat kan dia jangan lawan dan cabar Allah Swt sedih tengok dalam ic islam tapi sokong hak lgbt bela lgbt why? Untuk topik lain, saya tetap dengan anda harith tetapi topik ini anda dah melampau ingat jangan lawan Allah”- tulis akaun @ainol_azif, yang dilihat begitu tinggi ilmu agamanya.

Apa-apa pun, seperti mana yang kita ketahui, Harith mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam mengendalikan ‘show’ atau program bual bicara sendiri. Tak kisah siapa sahaja yang dia mahu jemput untuk jadi tetamu dalam sesi ‘live’nya, anda sendiri yang memilih untuk menonton atau tidak.

Ya, memang ramai yang tidak Tiada paksaan bukan? Hiduplah dengan positif, kurangkan rasa kebencian dalam hidup anda.