Jangan buang lebihan nasi semalam, boleh buat apam nasi, memang sedap dimakan bersama kelapa parut

Selain enak dibuat nasi goreng, lebihan nasi semalam juga enak jika dibuat apam nasi yang memang sinonim dengan masyarakat kita.
Cara penyediaannya juga sangat mudah, sangat sedap jika dimakan bersama kelapa parut. Jom tengok resepi apam nasi yang dikongsi oleh Puan Habsah Ngah di laman Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN).
Bahan-bahan :
- 1 cawan nasi sejuk
- 3/4 cawan gula
- 2 cawan air suam
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1 peket yis
- Garam sedikit
- 1 sudu kecil baking powder
Cara penyediaan :
1. Kisar nasi, gula,dan air sampai halus. Gaul sebati masukkan dalam bekas.
2. Masukkan pula tepung gandum, tepung beras, yis, garam dan baking powder dan gaul hingga sebati. Adunan memang agak pekat dan perap selama satu jam.
3. Bila dah perap, adunan akan menjadi lembut dan ringan. Bila adunan dah kembang, gaul sedikit.
4. Boleh asingkan dengan buat beberapa bahagian, tambah pewarna. Kalau nak satu warna pun boleh.
6. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Tips :
- Untuk hilangkan pedas dalam blender, kisar 1 cawan air dan 1 sudu besar garam.
- Tapis adunan apam dengan penapis jarang untuk tapis ketulan tepung.
- Letak 1-2 titik sahaja pewarna kalau nak warna adunan pastel.
- Jangan buka penutup semasa mengukus, ia akan menggangu proses dan hasil apam nanti.
Kredit: Puan Habsah Ngah @ Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN) / theasianparent