Jamelah juga terlibat dalam penipuan dokumen cawangan palsu

Jamelah juga terlibat dalam penipuan dokumen cawangan palsu

Isu penipuan tandatangan dan salah guna maklumat dalam mendaftarkan cawangan Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Teluk Intan turut didalangi Ketua Angkatan Wanita (AWAN) kawasan terbabit, Jamelah Mohd Azam.

Dalam satu maklumat yang disampaikan oleh sumber, Jamelah bersama beberapa yang lain merupakan penggerak kepada penubuhan cawangan secara salah ini dan bilik gerakan mereka menjadi premis perbincangan sesama mereka.

Terdahulu berlaku kekecohan sehingga melibatkan siasatan pihak berkuasa semasa temu bual antara Jawatankuasa Siasatan dan beberapa individu yang disayaki terlibat dalam kes tersebut.

Jamelah antara salah seorang daripada sepuluh yang dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes tersebut.

Namun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila provokasi dibuat semasa prosiding sedang dijalankan.

“Dalam hali ini, Jamelah juga antara kepala yang melakukan penipuan ini selain Zulaiha dan Rizal”

“Sebab itu kalau dilihat dalam video yang didedahkan Jamelah antara yang begitu bersungguh mempertahankan Zulaiha dan tidak menegur Zulaiha apabila provokasi dan ucapan kurang sopan dikeluarkan”, kata sumber.

Jamelah juga merupakan kakak kepada Zulaiha yang masing-masing memegang jawatan Ketua dan Naib Ketua AWAN Teluk Intan dan bertugas sebagai guru KAFA di daerah ini.