Jalan berpegangan tangan, kekasih Fatin Afeefa seorang jutawan?

Jalan berpegangan tangan, kekasih Fatin Afeefa seorang jutawan?

 

Nampaknya, nama Fatin Afeefa telah menjadi bualan netizen sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, kisah dia dan bekas suami, Adam Shahz yang berbalas-balas kenyataan di media sosial memburukkan lagi keadaan.

Berpegangan tangan

Namun begitu, disela-sela kontroversi yang melanda, tular di media sosial berkenaan satu gambar Fatin Afeefa dengan seorang jejaka.

Memetik laporan dari Cari Forum, lelaki yang dilihat memegang tangan pelakon tersebut dipercayai adalah teman lelakinya.

Bila dah berpunya tu isu anak2 mula la nak ungkit

Disebabkan tularnya gambar berkenaan, netizen terus ‘membawang’ dan mengandaikan bahawa bekas suami kepada pelakon itu sakan meroyan mungkin ada hubung kait dengan lelaki misteri berkenaan yang dipercayai pasangan baru Fatin Afeefa.

Mungkin ada pelangi selepas hujan

Boifren dia jutawan rasanya

Patutlah ada orang meroyan

Difahamkan, jejaka tersebut pernah muncul dalam salah satu konten Fatin Afeefa di TikTok berkenaan kereta mewah. Namun begitu, status mereka masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan boleh jadi andaian netizen tentang hubungan mereka adalah benar.

Terdahulu, pelakon tersebut ada memaklumkan yang dia sudah move on dengan perkahwinan lalu dan kini sudah ada kekasih hati dan bakal berkahwin dengan teman lelakinya.