JAKIM sahkan lima restoran popular tidak mempunyai Sijil Halal Malaysia

JAKIM sahkan lima restoran popular tidak mempunyai Sijil Halal Malaysia

 

Baru-baru tular tentang surat maklum balas JAKIM berkaitan isu status halal premis makanan sehingga mengundang reaksi pelbagai pihak.

Terbaru JAKIM tampil memberi penjelasan tentang isu tersebut dengan memaklumkan semakan dalam sistem MYeHALAL JAKIM untuk status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

makanan

Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat (4) outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Justeru itu, masyarakat boleh menyemak sendiri status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh di Portal Halal Malaysia.