“Jaga la adab”, Tular video lelaki & 2 kanak-kanak buat aksi silat di Masjid Nabawi

“Jaga la adab”, Tular video lelaki & 2 kanak-kanak buat aksi silat di Masjid Nabawi

 

Tular satu klip video seorang dewasa dan dua kanak-kanak membuat persembahan silat di perkarangan Masjid Nabawi.

Kelihatan seorang wanita sedang merekod persembahan dengan meletakkan sebatang stand berhampiran mereka. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan negara asal mereka.

Video itu dirakam oleh warga luar negara yang berada situ dan dimuat naik di TikTok pada Disember tahun lalu.

 

Perkara itu telah mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen yang berasa sangat biadap membuat persembahan silat di Masjid Nabawi, salah satu kota suci di dunia.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan pada video tersebut, ramai warganet dari luar negara berasa sangat sedih apabila tempat ibadah yang sepatutnya digunakan untuk mengejar pahala, kini disalahgunakan menjadi ‘tempat membuat konten’.

Dalam pada itu, ada netizen membandingkan situasi itu dengan Khabib Nurmagomedov.

“Tak ada pula Khabib dan rakan-rakan datang tunjuk aksi MMA dekat situ,” ujar netizen.