Jadikan ‘straw beras’ sebagai pasta, lelaki kongsi resepi hidangan hujung bulan

Jadikan ‘straw beras’ sebagai pasta, lelaki kongsi resepi hidangan hujung bulan

 

Tindakan seorang lelaki yang berkongsi resepi hidangan hujung bulan menggunakan straw yang diperbuat daripada beras mendapat perhatian netizen.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nosuganowori, lelaki berkenaan dilihat menggunakan straw dari sebuah syarikat menjual air terkemuka dan mengolah bahan berkenaan sebagai pasta.

Dalam video tersebut, lelaki itu menunjukkan straw berkenaan yang sudah direbus lalu dipotong kecil, ditambah sedikit sos dan keju telah ‘mengagumkan’ netizen.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen berkongsi pandangan mereka dan ada yang mahu mencubanya sendiri dengan menu lain.

“Nak cuba la bang. Hujung bulan kan?,” komen @faizidalaiil.

“Menu baru hujung bulan. Tak ada la makan maggi ja,” komen @imanina_insafi.

”Kalau digoreng terus jadi keropok, ditabur dengan serbuk keju, kari ke seaweed ke lepas tu layan sambil tengok televisyen,” komen @redhuanredza.

Namun, ada netizen yang menasihati dan tidak menggalakkan orang ramai untuk memakan straw tersebut walaupun bahan pembuatannya adalah berasaskan beras.

“Tak digalakkan makan, walaupun diperbuat daripada beras,” komen @sugarishbutter.

@nosuganowori

Sape ade lebih straw boleh ler sedekah kat aku, hujung bulan boleh ler makan #fyp

♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru