“Jadi wanita yang tak merosakkan hidup orang lain” – Aisyah dah lama bagi hint menerusi kapsyen video bersama anak?

“Jadi wanita yang tak merosakkan hidup orang lain” – Aisyah dah lama bagi hint menerusi kapsyen video bersama anak?

 

Rumahtangga mana yang tidak mempunyai ujian, jika tidak ujian dari pasangan maka akan datang ujian melalui ekonomi, anak-anak serta keluarga dan individu yang lain.

Tanyalah kepada sesiapa yang sudah berkahwin, mesti dari mereka akan mengatakan bahawa tidak akan pernah terlepas dari menempuh dan melalui pelbagai bentuk ujian.

Baru-baru ini, tular mengenai pempengaruh media sosial iaitu Aisyah Hijanah apabila suaminya memberitahu di laman media sosialnya bahawa dia telah berkahwin dengan isteri no 2 sedangkan Aisyah Hijanah sedang sarat mengandung anak mereka yang ketiga.

Isu ini menjadi tular apabila rakyat Malaysia menjadi marah dengan suami Aisyah Hijanah yang dikenali sebagai Alif Teega apabila dia sering memberi nasihat dan motivasi mengenai hal-hal rumah tangga individu lain, namun kata-katanya memakan diri.

Ramai Yang Turut Sedih Melihat Ujian Yang Ditimpanya!

Baru-baru ini, netizen membongkarkan sesuatu yang mereka lihat pada kapsyen di video yang dimuat naik oleh Aisyah Hijanah di laman tiktok miliknya itu.

Video tersebut memaparkan, Aisyah Hijanah sedang mengajar anak perempuannya mengaji namun kapsyen yang terakhirnya berunsur doa dan nasihat supaya anaknya menjadi wanita yang baik.

“Semoga Khadeejah membesar menjadi wanita yang baik dan tak merosakkan hidup orang lain. Jadilah anak perempuan yang tahu diri dan tak ambil kesempatan atas kebaikan orang sekeliling.

Jadi anak yang kuat dan tidak mengharap orang lain. Jadi anak yang tidak mengadu sedih dengan orang yang tidak sepatutnya, Allahumma Aameen” – tulis Aisyah Hijanah

Rata-rata netizen sebak dengan ayat tersebut dan mereka mengatakan bahawa Aisyah Hijanah sebenarnya telah lama beri ‘hint’ mengenai apa yang berlaku dalam rumahtangganya, namun mereka mengetahui selepas suaminya itu membuat pengakuan di media sosial.

“Selama ni kita je yang tak perasan setiap hint dekat caption kak Aisyah”

“Semoga syurga tanpa hisab milik Aisyah Hijanah, Aminnn”

“The last paragraph at the caption”

“Syurga adalah milikmu Aisyah Hijanah”

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar Aisyah Hijanah dapat menempuh ujian yang besar ini dengan tenang dan semoga Allah permudahkan urusannya itu.

@aisyahhijanah

#bismillahimasyaAllah Kanak-kanak sgt mudah hafal satu benda yg kita bagi berulang kali dengar. Khadeejah ni anak yg baik, kuat. Dia nampak Aisyah menangis, dia menangis sekali. Ada kala, dia ckp “mummy stop la stop la” Setiap kali solat, dia sendiri akan ambil telekung & sejadah dia utk ikut Aisyah & Alif solat. Thats why drpd kecil kena tunjuk benda yg baik-baik pd anak because diorg akan copy paste. This is social learning theory, Albert Bandura dlm psikologi Semoga Khadeejah membesar jadi wanita yg baik & tak merosakkan hidup orang lain. Jadilah anak perempuan yg tahu diri & tak ambil kesempatan atas kebaikan orang sekeliling. Jadi anak yg kuat & tak mengharap orang lain. Jadi anak yg tak mengadu sedih dgn orang yg tidak sepatutnya. Allahumma Aameen

♬ Heartbeat (From “Kal Ho Naa Ho”) (Instrumental) – Shankar Ehsaan Loy